Mata sembab sedikit sebanyak
pasti menjejaskan penampilan. Tidak dinafikan juga mata yang sembab lazim membuatkan seseorang kelihatan sedikit berusia berbanding usia sebenar.
Berikut adalah sedikit petua bagaimana merawat mata yang sembab hanya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekeliling kita.
1) Dapatkan timun atau sengkuang cina,lalu parut hingga lumat.Rendamkan parutan itu dengan sedikit serbuk teh,kemudian oles pada bahagian bawah mata. Ulangi selama seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.
2) Palitkan lendir yang ada pada bahagian dalam kulit telur ke bahagian bawah mata. Biar sehingga kering,lalu bilas dengan air yang sedikit suam. Lakukan beberapa kali.
3) Anda juga boleh gosokkan ketulan ais pada bahagian lingkaran mata yang sembab atau bengkak secara perlahan-lahan mengikut arah bertentangan ( ke arah dalam,seperti lawan arah jam). Lakukan petua ini setiap pagi selepas bangun tidur.
p/s – jika tiada ketul ais,anda boleh gantikan dengan air sejuk (yang disejukkan di dalam peti)
4) Cuci uncang teh yang telah digunakan lalu simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10 – 15 minit.Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur.Lakukan dalam tempoh 15 – 20 minit,beberapa kali seminggu.
5) Mungkin ada yang tidak percaya bahawa minyak sapi juga berguna untuk menghilangkan sembab pada mata. Caranya ialah dengan menyapu sedikit minyak tersebut ke bahagian bermasalah dengan kaedah sapuan bermula dari arah kanan ke kiri. Biarkan selama 10 -15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Amalkan setiap malam sebelum tidur.
6) Kupas kentang dan bersihkan. Potong senipis mungkin,lalu tepekkan pada bahagian mata yang bermasalah selama 20 minit. Lakukan sekerap mungkin.
7) Petua ini sama sahaja dengan petua di atas ( no 6).Gantikan dengan timun,jika anda kehabisan kentang.
Ok,itu sahaja petua untuk hari ini. Mudah-mudahan sembab pada mata anda akan berkurangan jikapun tidak pulih sepenuhnya.





