PETUA KEMPISKAN PERUT
…..berapa bulan ?? …macam iklan dalam tv satu masa dulu.Perut buncit cam orang mengandung 5 bulan hehe…..sabo je la dik oii. Jom tengok beberapa petua orang tua-tua kasi camana nak kecikkan saiz perut tu.
Petua Mengempiskan Perut
1. Orang tua-tua cakap kalau tak nak perut buncit,jangan makan bersulamkan air. Tak kira waktu makan pagi,tengah hari atau pun malam, jangan minum air semasa makan,kecuali kalau tercekik…Tunggu sekurang-kurangnya sehingga lebih kurang setengah jam selepas makan,barulah minum air.. Walaupun pun tak pasti kesahihannya,insyaallah berkesan!
2. Jangan minum sambil berdiri walau macamana tergesa-gesa sekalipun..Dalam Islam sendiri pun ditekankan adab makan/minum. Kalau tak,kita ni lebih kurang jadi macam yang kat padang ragut tu..hiii.
3. Kurangkan minum ais.Atau lebih baik tak usah langsung.Umum mengetahui bahawa minum ais memang kurang elok untuk kesihatan. Apa sebab ais tak elok untuk kesihatan? Cuba ikuti post terbaru saya akan datang.Boleh dapat tau kenapa ais tak elok untuk kita…
4. Jangan mandi sebaik sahaja selesai makan. Ini juga dipercayai dapat mengelakkan perut jadi buncit.
5.Minum secawan teh pekat yang telah dicampur dengan perahan sebiji limau nipis.Minum ketika suam sebaik-baiknya selepas sarapan pagi dan makan tengah hari. Jika anda tak tahan dengan rasa pahitnya,boleh masukkan gula. Tapi awas,sedikit sahaja!
6. Rebus jadam (benda alah yang teramat pahit tue) dengan asam jawa dan sedikit air.Biar hampir kering / pekat. Sapukan pada perut part yang berbonjol-bonjol tu,kemudian barut dengan kemas. Lakukan tiap-tiap hari kalau nak cepat kempis
7. Atau kalau tak ada jadam boleh cuba yang ini. Campur cuka,ragi dan kapur barus sehingga sebati.Jadikan campuran ini pekat sedikit supaya senang nak pupurkan pada perut sebelum tidur. Barut kemas-kemas. Buat selama 44 hari macam wanita berpantang tu.
8.Perah jus limau kasturi dan gaul bersama kapur sirih. Oleskan pada parut.
Tags: kempiskan perut
Saturday, December 12th, 2009 at 11:42 am • Sihat & Cantik • RSS 2.0 feed Both comments and pings are currently closed.











