PETUA ATASI TUMIT PECAH
Hari ni,sampai je kat umah dari tempat kerja,rasa cam nak demam saja…Fuh,panas yang menyengat sejak akhir-akhir ni walaupun angin bertiup kencang…kering dan berdebu.Efek cuaca panas…kadang-kala buat kita pun cepat ‘panas’.Sabar sahaja ye,bila difikir-fikirkan balik,ini hanya sekecil-kecil ujian…
Ok lah,jom kita terus kepada tajuk…..
Berikut ini adalah 13 petua menghilangkan pecah atau rekahan pada tumit kaki.Sejauhmana kesannya tak dapatlah saya beri jaminan. Namun tak ada salahnya mencuba,justeru bahan yang diguna 100% semulajadi.Jadi,tak perlu bimbang akan berlakunya efek yang memudaratkan,insyaallah.
1) Sediakan beberapa sudu cuka makan dan masukkannya ke dalam sebuah bekas.Tambahkan sedikit air sejuk dan beberapa keping asam gelugur.Biarkan sebentar lalu rendamkan kaki untuk 10 minit sambil urut-urutkan bahagian yang bermasalah. Lakukan sekerap mungkin.Anda juga boleh menyapu losen selepas mengeringkan tumit untuk mempercepatkan penyembuhan.
2) Potong buah betik muda pada hujungnya.Gosokkan getah betik pada tumit dan biarkan kering sehingga 10 minit. Selepas itu cuci hingga bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
3) Buah belimbing buluh juga boleh digunakan untuk merawat tumit pecah. Setiap kali waktu mandi,gosokkan buah tersebut pada tumit yang pecah. Biarkan seketika,gosokkan tumit pada kain untuk menghilangkan kulit kasarnya.
4) Petua ini paling mudah untuk diamalkan.Panaskan lemak ayam sehingga cair. Sapukan pada tumit yang pecah.Amalkan setiap malam sebelum tidur.
5) Ambil beberapa butir nasi panas,lenyekkan dan tempel pada tumit yang pecah. Ulang beberapa kali sehingga tumit kembali elok.
6) Belah dan perah dua biji bawang merah sehingga keluar airnya. Sapukan ke tumit yang pecah.
7) Dapatkan beberapa helai daun sirih,ramas sehingga hancur dengan menggunakan sedikit air. Campur air ramasan sirih itu dengan sedikit gambir yang dihancurkan. Sapu pada tumit dua kali sehari. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Ketuk 3 batang serai hingga pipih,rebus dengan 2 atau 3 gelas air hingga mendidih. Campurkan satu sudu madu lebah dan minumlah air rebusan tersebut. Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.
9) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki.Rendamkan kaki di dalam air suam yang bercampur garam. Lakukan sehingga tumit kembali pulih.
10) Geselkan kaki anda pada rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan setiap hari hingga nampak perubahannya.
11) Anda juga boleh cuba geselkan tumit pada batu sungai yang licin yang biasa digunakan orang zaman sekarang untuk hiasan landskap. Amalan ini memang telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan.
12) Cari 5 biji kedondong dan 2 cm kunyit hidup. Potong nipis-nipis buah tersebut dan tumbuk lumat bersama kunyit.Letakkan bahan tadi ke atas daun sirih dan lipat/bungkuskan. Lipatan bahan tadi dilayurkan pada api yang kecil.Ketika ia masih suam-suam,tekapkan bungkusan itu pada tumit lalu balut dengan kain.Lakukan 2 kali seminggu.Sesuai dilakukan sebelum tidur.
13) Sebelum tidur,sapukan sedikit ubat gigi pada rekahan.Lakukan setiap malam.Anda pasti puas hati




