Sakit kepala biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti cuaca,ubat-ubatan,alahan makanan,angin dalam pembuluh darah,tekanan dan macam-macam lagilah.Itu ikut apa yang saya tahulah…kecuali jika itu petanda penyakit lain,maka wajar sekali anda berjumpa doktor tanpa perlu bertangguh.
Selalunya pabila sakit kepala,Panadol lah yang kita cari…betul tak? Saya sebolehnya tidak mahu terlalu bergantung kepada ubatan ini,malah ia adalah pilihan paling akhir jika sakit kepala tu tak juga reda,kerana saya pernah dimaklumkan oleh seorang kawan bahawa ubat ini juga ada keburukannya…Mengapa? Eheh…saya pun tak berapa pasti. Tak berani juga cakap lebih-lebih….almaklum sajelah!Huu..
Untuk atasi sakit kepala ni pun,ada gak petuanya. Sila-silalah baca catatan yang kat bawah ni ye..
1) Ramas asam jawa dengan sedikit air. Basahkan kepala anda dengan air tu,secara berulang kali dalam tempoh 15 atau 20 minit.Sesuai le buat tu sambil tengok tv..Kenapa asam jawa? Kerana dipercayai ia mampu menyejukkan kepala.
2) Cari 3 helai daun setawar,tumbuk hingga lumat.
Ni hah,gambar daun setawar…kalo tak kenal Tepekkan pada kepala dan balut dengan tuala lembap. Lakukan sebelum tidur & biarkan semalaman.
3) Kadang-kala,sakit kepala ni berlaku pabila kita terkena hujan. Jadi seelok-eloknya,basahkan kepala atau terus mandi sahaja selepas kehujanan.
4)
Ambil daun lemuni ( bahagian batang yang lembut ) dalam 1 kg.Masukkan ke dalam sarung bantal. Bantal busuk pun tak pe hi hi. Gunakan bantal tu untuk alas kepala semasa tidur. Amalkan dua atau tiga hari sekali.
5) Rebus beberapa biji manjakani,beberapa tangkai bawang putih dan sedikit lada hitam dalam sebiji periuk tanah hingga mendidih.Minum air rebusan ini setiap malam dimulai dengan bacaan selawat.
6) Dapatkan 6 helai daun sawi.Tumbuk lumat dan campurkan dengan garam.Lumur dan gosok pada dahi dan pelipis secara perlahan-lahan.
7) Ramas beberapa helai daun kunyit dengan sedikit air.Kemudian sapu rata pada kepala.
Rendam beberapa keping asam gelugur dengan air suam semalaman. Minum air tersebut keesokannya.
9) Kurangkan minuman berkafien seperti teh ,kopi atau nescafe. Lihat
perbezaan dengan meninggalkan minuman tersebut. Jika sakit kepala anda reda atau hilang,bererti anda alah pada kafien.
10) Petua paling mudah. Minum air kosong / air suam secukupnya dan kurangkan ais. Kadang-kala sakit kepala berlaku kerana kadar kepekatan darah yang agak tinggi.
Ok,selamat mencuba. Jika penyakit berlarutan,berjumpalah dengan doktor…..ahaks.





