KURUS & LANGSING SECARA SEMULAJADI
Puas berdiet,bersenam setengah mati serta habis ratusan ringgit membeli ubat kurus tapi badan masih montel semacam?? Azam untuk tampil cantik,kurus dan bergaya macam Angelina Jolie….. berterusan dari tahun lepas sampai tahun ni….dan nak masuk tahun baru pulak tu,tapi badan cenggini jugak erk…
Apa kata,jom sama-sama cuba tips -tips yang saya senaraikan di sini….Mana tahu kalau-kalau menjadi.
1. Jangan Berlapar
Mengurangkan makan secara mengejut tidak akan membantu kita cepat kurus.Ini kerana tubuh akan membakar otot untuk menggantikan makanan menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.Apabila anda sudah tidak tahan lagi berlapar,pastilah anda akan makan dengan jumlah berganda. Pada waktu ini, walaupun tubuh telah menerima bekalan makanan,ia tidak akan serta merta mengembalikan tahap metabolisme ke aras normal. Bererti,kalori dalam tubuh tidak lagi dibakar pada tahap yang normal.
2. Wajib Sarapan Pagi
Individu yang mengabaikan sarapan pagi cenderung untuk gemuk. Ini kerana sarapan pagi berfungsi menstabilkan hormon & paras gula dalam darah. Ia secara tak langsung meningkatkan metabolisme untuk pembakaran kalori.
3. Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam tubuh.Kurangnya pengambilan garam bererti kuranglah takungan air dalam badan. Ini bermakna berat badan kerana lebihan air dapat dihindari.
4. Minum 8 Gelas Air Sehari
Fakta ini memang sudah diketahui ramai. Air membantu menyahkan toksin dalam badan.Air juga membantu mengurangkan selera makan. Jadi sebelum makan,cuba minum air. Pasti anda hanya mampu makan dengan jumlah yang kecil.
5. Jadikan Minuman Bikarbonat Sebagai Musuh
Biasanya terdapat 7-8 sudu gula dalam minuman ini.Gula berlebihan jelas memudaratkan tubuh anda.
6. Makan / Kunyah Dengan Perlahan
Kunyah makanan sehingga hancur sebelum ditelan. Makanan yang benar-benar terhadam akan mempercepatkan rasa kenyang,dan ini membantu otak menghantar isyarat kepada tubuh untuk berhenti makan.
7. Makan Lebih Kerap Tetapi Dalam Kuantiti Kecil
Biar makan kerap dengan kuantiti yang kecil berbanding makan hanya sekali dua tetapi sangat besar kuantitinya.
8. Kurangkan Pengambilan Marjerin,Mentega,Keju dan Sos Salad
Jika boleh elakkan daripada menyimpan banyak bahan tersebut dalam peti ais anda.Faham-faham sahajalah…ia mengandungi banyak lemak & tinggi kolesterol.
9. Minum Air Limau
Apabila makan di luar,pesanlah air limau nipis atau jus oren kurang manis kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.
10. Bersahabat Baiklah Dengan Sayur-sayuran & Buah-buahan
Sayur-sayuran & buah-buahan adalah sumber terbaik serat tinggi,vitamin dan mineral. Kandungan lemaknya pula amat rendah.
11. Elakkan Timbang Berat Setiap Hari
Menimbang setiap hari akan hanya menyebabkan rasa kecewa & putus asa jika anda dapati tiada perubahan pada jarumnya.Ini akan menggagalkan usaha berdiet anda. Seperkara lagi,jika anda baru sahaja minum air, pastilah berat badan anda meningkat semasa berada di atas timbangan. Nampak seperti usaha anda tidak berhasil bukan?
12. Makan Makanan Yang Berempah
Sesetengah rempah seperti cili,biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam dalam makanan bukan sahaja meningkatkan penghadaman,malah ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
13. Pilih Lebih Banyak Bijirin & Kekacang
Bijirin penuh adalah sumber tenaga utama. Bijirin & hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks,protein,vitamin,mineral dan sedikit lemak.
14. Pertimbangkan Cara Memasak
Cara paling baik dalam mengurangkan kalori dalam makanan adalah dengan merebus,memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran,anda boleh menumisnya dengan sedikit sahaja minyak sayuran. Hindari minyak atau lemak haiwan.
15. Wujudkan Satu Diari Khas
Rekodkan dalam sehari berapa kali,berapa banyak,apa yang dimakan,tahap kelaparan serta perasaan anda ketika makan makanan tersebut. Catatan sebegini boleh mewujudkan kepekaan terhadap tabiat pemakanan anda serta adakah pilihan anda itu betul & seiring dengan target anda untuk kurus dan sihat.Catatan ini juga membantu anda lebih komited dengan pelan diet anda.
16.Perbetulkan Niat: Diet Untuk Sihat,Bukan Kurus
Dalam tempoh jangka panjang,ramai yang berjaya turunkan berat badan apabila mereka menukar niat / motif daripada kurus kepada kekal untuk sihat & segar. Latih minda anda untuk menentu & memilih makanan untuk tujuan kesihatan sepanjang hayat.
17. Pilih Piring Makan Yang Rata
Untuk mengisi makanan,pilih piring yang rata bukan piring cekung berbanding pinggan ( pastilah lebih besar). Pilih sayuran / ikan terlebih dahulu,barulah nasi dan daging.Tentu anda tahu kenapa bukan?! Jangan lupa,makan di meja makan,bukan makan di hadapan TV. Makan di hadapan TV cenderung membuat anda tidak sedar jumlah makanan yang telah dimakan kerana fokus otak anda lebih kepada rancangan – rancangan TV yang menarik namun melalaikan anda.
18. Berjalan Santai Selepas Makan
Berjalan santai selepas makan membantu anda menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang baru dimakan. Setiap 25 langkah,satu kalori akan digunakan,lebih-lebih lagi jika menaiki tangga. Namun ingat,semuanya harus dilakukan secara santai sahaja kerana anda baru sahaja selesai makan.
19. Lakukan Aktiviti Fizikal Yang Mudah
20. Siapkan Makanan / Hidangan Dengan Bijak
Pilih makanan yang mengandungi kurang daripada 10 gram lemak/100 gram makanan. Pilih makanan yang rendah lemak.Sebagai contoh,olah makanan yang menggunakan santan dengan menggantikannya dengan susu rendah lemak.
Ahaa…..senang bukan?!! Hehe….cakap memang la senang. Nak praktikkan tu yang susah….Tak apelah,apa-apa pun jangan cepat mengalah.Cuba dulu baru tau…..Pesanan ini dibawa khas untuk anda semua termasuk diriku sendiri. Yes! Selamat mencuba
** Sumber: Majalah RAPI Feb 07
Tags: berat badan, metabolisme, pelan diet, sarapan pagi, tips kurus
Friday, December 18th, 2009 at 9:53 am • Ekstra • RSS 2.0 feed Both comments and pings are currently closed.















