tidur + dombaWah,tajuk yang menarik bukan? Mungkin juga ada yang was-was pabila membaca tajuk ini,kerana lazimnya jika bercakap tentang diet untuk menguruskan badan,bab peranan atau peri pentingnya tidur dalam membantu proses melangsingkan badan,tidak pernah pula disebut-sebut. Jadi,benarkah tidur dapat membantu mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan,atau dalam kata mudahnya,ingin kurus…?

Jika bertahun sudah anda berdiet,demi susuk menawan seindah Jennifer Lopez…hehe, dan lain-lainnya,namun impian itu masih tak tergapai dan bagai tiada kesudahan sahaja,maka janganlah pula disalahkan pola diet dan senaman anda. Kini,cuba perhatikan pula tabiat tidur anda.Ya,tabiat tidur anda…!.Mungkin di sinilah letaknya punca kegagalan impian indah anda itu.

Berdasarkan satu penyelidikan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat,didapati individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur.Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern,Fred Turek,diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan.

Oleh itu,mulai dari sekarang.Cubalah untuk,mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Usah lagi berjaga sehingga larut malam.Cuba selesaikan tugas anda seawal mungkin,berbanding hari-hari sebelumnya. Jika saranan ini dapat dilakukan dengan teratur,beserta pula diet dan senaman yang konsisten,tidak mustahil anda boleh menurunkan 10 kg atau lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang ini. Siapa tahu kan?! Tiada satu pun yang mustahil..Jadi,masih belum terlambat…Ubahlah tabiat tidur anda sekarang.

Bookmark and Share