TIDUR ?

Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang. Sebaliknya tidur apabila mata mulai mengantuk.Bangun apabila tubuh sudah berasa segar.

Kurangnya kualiti tidur menyebabkan terjadinya kelelahan pada seseorang. Akibatnya kualiti kerja juga ikut menurun.Michael Stevenson,Ph.D,dari North Valley Sleep Disoder Centre berkata,ramai yang salah bertindak dalam mengatasi masalah tidur pada sebelah malam dengan menggantikan tidur pada siang hari. Cara ini tidak berkesan menggantikan kualiti tidur & rehat yang diperlukan,malah kelelahan anda juga tidak akan berkurangan.

TIPS TIDUR YANG SIHAT

  • Pelajari teknik pernafasan yang betul iaitu menarik nafas hingga sampai ke abdomen,bukan dada.Tahan nafas tiga saat dan lepaskan.Ulang beberapa kali dan anda akan berasa lebih tenang.
  • Senaman dan aktiviti di siang hari membantu fizikal tubuh dan minda bebas dari tekanan.Hal ini akan membantu tidur anda lebih berkualiti.Bersenamlah secara teratur dan pastikan anda tidak bersenam sebelum tidur kerana ia membuat fikiran lebih cergas.
  • Urutan sebelum tidur antara terapi untuk merehatkan badan dan fikiran.Ia turut sama membantu kualiti tidur anda.
  • Elak melakukan sebarang kerja pejabat di dalam bilik tidur .Bilik tidur digunakan hanya untuk tidur dan merehatkan diri.
  • Pastikan keadaan bilik bersih,segar dan selesa.Bantuan pewangi bilik berasaskan bunga -bungaan atau bauan aromaterapi yang lembut lebih membantu tidur anda.Anda juga boleh titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal.
  • Berusaha untuk menciptakan suasana yang nyaman,romantik dan damai di tempat tidur.Alunan muzik lembut misalnya dapat membantu anda untuk tidur.
  • Elakkan minum kopi, teh,coklat,minuman berkarbonat atau beralkohol sebelum tidur.Kandungan kafein yang tinggi membuat anda tidak dapat melelapkan mata.
  • Elakkan makan terlalu banyak sebelum tidur.Bagaimanapun,terlalu lapar juga menyukarkan anda untuk tidur dan jika ini berlaku,makan sedikit untuk mengalas perut.Namun elakkan makanan berlemak yang melambatkan proses pencernaan.Pisang dan epal antara buah bergizi yang mengenyangkan.
  • Tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari.Ia secara tidak langsung mengajar badan membentuk jam biologi.
  • Bangun awal setiap hari dan ia membolehkan kita kekal cergas sepanjang hari serta membolehkan kita tidur pada waktu ditetapkan.
  • Hindari tidur dalam posisi wajah menentang cahaya lampu.Ia akan memberi kesan pada wajah kerana terpaksa mengerutkan dahi sepanjang malam.
  • Usahakan untuk tidak memakai pakaian dalam yang ketat ketika tidur.Tanggalkan dan gunakan pakaian dalam yang longgar untuk membantu peredaran darah degan baik serta membantu tidur yang nyenyak.
  • Tanggalkan sebarang aksesori seperti cincin,jam tangan,rantai dan sebagainya yang turut mengganggu tidur anda.
  • Bookmark and Share