TERAPI WARNA
Kadang-kala apabila bersiap-siap nak ke tempat kerja,ada satu hal yang ‘tak sengaja’ dan melecehkan berlaku…terutama kepada ladies laa,iaitu pening memilih baju yang nak dipakai pada hari tersebut…yang merah,yang hijau…,biru muda,semua macam dah selalu sangat pakailah…( ehek,alasan nak beli baju baru tuh sebenarnye…huhu).Emm..leceh bunyinya terutama bagi kaum Adam la. Korang apa tau…?!
Warna mempengaruhi mood.Apa orang cakap,terapi warna? Ahaa..yelah. Bukan sahaja mood anda seorang namun turut memberi impak kepada orang lain di sekeliling anda jugak.Secara tidak langsung tentulah ia juga mempengaruhi penampilan. So…fikir dan pilih-pilihlah warna apa yang nak dipakai untuk ke tempat keje esok ye…
Warna-warna Menceriakan Perasaan:
Memberi kesan dinamik,sensual dan mewah.Menyerap
tenaga,kehangatan,aktif,optimis,berani serta bersemangat. Merah dipercayai berupaya meningkatkan aliran darah dalam tubuh.
Mampu membuatkan si pemakai berasa lebih muda,ceria dan romantik.Wee bestnye…
Membentuk simbol cinta, kasih sayang kerana warna ini lembut dan menenangkan.
Juga menghangatkan suasana,bercahaya dan cerah.Membangkitkan tenaga,emosi dan kekuatan
Memberi impak bertenaga,cergas,mesra dan kreatif. Warna ini mirip kepada merah tetapi lebih feminin dan bersahabat. Ia memberi aura positif,senang,gembira dan yakin,penuh bertenaga,mampu mengurangkan depresi atau tekanan.Namun jika warna ini dipakai berlebihan,ia akan merangsang sifat hiper aktif.
Memberi kesan harmoni,kebenaran,tenang dan dingin,rasa tenteram,hening dan nyaman.
Menimbulkan kesan alamiah,segar,mewujudkan keseimbangan emosi atau kejiwaan.
Menjadi lambang kerohanian dan mistik.Juga bersifat antik,tetapi tetap hangat, feminin dan anggun




