Hal yang satu nih…memang kebanyakan wanita mengalaminya.Jangan biar sembarangan atau pandang remeh mengenainya. Lelaki tak termasuk dalam bab nih… tidak ada lelaki yang menghadapi masalah keputihan.So,dipersilakan….gi main-main jauh-jauh.Ehekk..
Ok,sedikit petua buat kaum wanita yang menghadapi masalah keputihan.Kalian boleh gunakan….
1. …..bunga cempaka.Dapatkan sebanyak 5 kuntum bunga cempaka,rendam ke dalam air panas dalam bekas tertutup. Biarkan semalaman,minum airnya setiap hari iaitu pada waktu pagi dan petang.Bunga tersebut boleh diulang rendam sehingga rasa pahitnya hilang,barulah digantikan dengan kuntuman yang baru. Minum airnya sehingga hilang keputihan tadi.
2.….daun pegaga.Caranya mudah sahaja.Cuci secekak daun pegaga bersama akarnya sampai bersih. Rebus hingga mendidih,matikan api lalu masukkan sedikit garam.Gunakan air rebusan yang suam dan cuci bahagian sulit.Lakukan 3 kali seminggu.
3.…..buah delima muda. Buah ini ditumbuk halus dan campurkan dengan segenggam daun delima putih.Hmm,pandai-pandai la nak cari kat mana daun nih.Kedua-dua bahan tadi direbus sehingga tinggal anggaran segelas air sahaja.Minum air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Pada masa yang sama,jauhi makanan seperti daging,nanas,air kelapa dan ikan air masin.
4.….daun sirih. Rebus daun ini dengan 2 cawan air.Campur bersama beberapa kuntum bunga cengkih. Apabila air rebusan itu menjadi suam,jadikannya sebagai pencuci bahagian sulit terutama ketika haid.
Jangan biar keputihan melarat…susah tau! Selamat mencuba.







