Ilham untuk menulis tajuk ini datang kerana berdasarkan pengalaman sendiri.Sejak zaman anak gadis lagi,kucing memang menjadi minat saya.Dan minat ini berterusan hingga saya mendirikan rumah tangga.Kebetulan pula,suami saya juga sukakan haiwan peliharaan,jadi minat terhadap kucing makin menjadi-jadi dan tempiasnya juga turut terkena pada anak-anak.

Cuma selalu saya pastikan agar anak kedua saya,tidak bermain-main dengan kucing kerana alahan yang dihidapinya.Tersilap sentuh,dia akan bersin tanpa henti,diikuti bengkak pada mata dan ruam merah di sekeliling wajahnya. Betul lah kata orang,bulu kucing membawa debu dan hama serta cukup tidak elok untuk penghidap asma,resdung atau alahan.

Sepanjang memelihara berpuluh ekor kucing sejak bertahun lalu,terdapat seekor yang tidak dapat saya lupakan.Saya memanggilnya Koi.Koi sangat berbeza dengan kucing-kucing lain yang pernah dan sedang saya pelihara.Seingat saya,Koi sekalipun tidak pernah kencing atau membuang najisnya di dalam rumah.Bukan,setakat dalam rumah,malah di halaman juga sukar untuk terjumpa najisnya atau menghidu bau kencingnya.Rupanya,ia ada ‘tandasnya’sendiri nun jauh di belakang rumah.Sudah beberapa kali,saya ternampak ia ke sana bila ada hajat yang perlu dilepaskan.

Namun,itu cerita bertahun dulu,sebelum Koi mati dibaham anjing liar yang berkeliaran di sekitar rumah ibu.Sehingga kini,saat saya masih membela beberapa ekor kucing,tidak ada seekor pun yang seperti Koi.Benar seperti kata beberapa pakar haiwan,kucing memang boleh dilatih,namun tidak se’profesional’ anjing.’Mereka’ lebih banyak bermain dan menurut perasaan.

Hari ini, seperkara yang masih saya tidak tahan dalam ragam membela kucing ini ialah najisnya yang dibuang merata-rata tempat. Sakit kepala dibuatnya. Ye lah,kucing namanya pun bukan..?! Manalah reti nak berfikir di mana nak dibuang…Setelah puas berfikir bagaimana nak melatih kucing-kucing ni ke ‘tandas’,dalam sibuk membelek buku petua,maka akhirnya terjumpalah saya satu petua berkaitan melatih kucing ke ‘tandas’nya sendiri.Apa kata anda dan saya sama-sama mencuba petua ini.Soal menjadi atau tidak, adalah soal kedua.

Kata orang,cuba dapatkan seutas tali…tali apa-apa je lah. Kemudian ukur panjang ekor kucing yang dipelihara dengan menggunakan tali tersebut.Langkah seterusnya,campakkan tali tersebut ke tempat yang kita fikirkan strategik untuk dijadikan tandas kucing. Insya-Allah,kucing tersebut akan membuang najisnya di tempat jatuhnya tali yang kita campakkan tadi.Menarik bukan?

Bookmark and Share