PETUA MUDAH HAMIL

Cuti sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina ni,ramai yang ambil kesempatan naik pelamin. Huhu..hari-hari makan nasi minyak.Cuti daripada ke dapur la jawabnya.Hari ni pun ada undangan lagi.Esok,lusa..pun ada.

Selepas bertahun menganyam cinta,ramai memilih memeterai janji dengan ikatan perkahwinan yang sah. Alhamdulillah,selamat anak Adam dari perangkap maksiat…mudah-mudahan pasangan lain yang sedang kemaruk bercinta tu,cepat-cepatlah juga bertemu janji dengan Tok Kadi ye..Bukan apa,takut terbabas pula nanti.

Bercinta sudah,berkahwin pun sudah…agenda baru apa lagi ye? Hmm,tentulah menimang cahaya mata. Bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin,isu ini mungkin langsung tiada dalam kepala..Ye la,ada yang cakap muda lagi,belum puas hidup berdua. Ada juga yang menangguhkan kehamilan kerana faktor ekonomi….tapi bagaimana pula bagi mereka yang dah bertahun berkahwin,tapi tak ada tanda-tanda pun,yang mereka bakal jadi ibu & ayah.Kes berat juga nih..

Mak bapak kat kampung dah bising-bising.Sanak-saudara & kawan-kawan pula tak ada sensitiviti langsung. Asal jumpa aje,tak ada soalan lain nak ditanya…mesti bab anak! Sekali dua,mungkin kita tak kisah,tapi kalau itu sahaja yang asyik menerjah gegendang telinga,mau berasap juga kepala! Ya lah,soal zuriat bukan hal main-main…ikatan perkahwinan pun boleh retak dan terlerai kerananya.

Siapa yang tak inginkan anak?! Bukan ke itu tujuan perkahwinan ? Anak menjadi pengikat dalam sesebuah rumah tangga.Namun soal rezeki,bukan kita menentukan. Semuanya di tangan yang Maha Esa…apapun kita tak boleh mengalah.Harus terus berusaha,berusaha dan berusaha…insyaAllah berjaya.

Macam-macam petua,daripada yang tradisional hinggalah kaedah moden disogokkan untuk dicuba.Ada yang menjadi,ada yang tidak…rezeki masing-masing. Saya pun tak ada la petua apa-apa nak kasik kat sini. Cuma dah terlanjur bercakap bab susah nak dapat anak,saya ingin cadangkan sebuah buku panduan kehamilan yang ditulis oleh 2 orang profesional yang telah membuat kaji selidik selama 3 tahun tentang kaedah kehamilan untuk pasangan yang belum berjaya menimang cahaya mata. Sejauh mana keberkesanannya,tidak lah dapat saya pastikan…But at least,kita mencuba…betul tak?!

rahsia mudah hamil

Berikut adalah sebahagian kecil isi kandungan buku ini yang dapat saya petik serta paparkan di sini. Kalau nak maklumat lengkap & lebih menyeluruh…huhu,kena beli sendiri lah.

Penyakit-penyakit Ketidaksuburan

9 penyakit dibincangkan dengan terperinci. Adakah ini punca anda sukar hamil? Bagaimana mengenali simptom-simptom penyakit-penyakit ini. Di mana boleh dijalankan diagnosis dan kaedah-kaedah rawatan yang ditawarkan? Semuanya dibincangkan satu per satu.

Ketidaksuburan Lelaki

Isteri perlu ajak suami baca tentang ini. 30% masalah kesuburan disumbangkan oleh lelaki. Kenalpasti puncanya, cara diagnosis dan bentuk rawatan yang ada. Dibincangkan dengan mendalam sebanyak 9 muka surat.

Ketidaksuburan Sekunder

Ketidaksuburan Sekunder bermaksud ketidakupayaan untuk hamil setelah berjaya mengandung seorang atau lebih anak. Golongan ini terperangkap dalam dua dunia, subur dan tidak subur. Seringkali tidak mendapat simpati seperti mana golongan Ketidaksuburan Primer. Jadi bagaimana penyelesaiannya bagi golongan ini??

Bagaimana mengenalpasti hari-hari subur anda dengan tepat? Terdapat beberapa kaedah yang disyorkan iaitu…

  • Mengenalpasti hari-hari subur dengan kaedah kalendar. Ah..ini semua orang dah tahu. Tapi adakah anda benar-benar faham kaedah ini? Tanpa pemahaman yang betul, ia bukan dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan, tetapi merendahkan lagi peluang anda untuk hamil. Tapi, kami ada formula kami sendiri. Melalui formula ini, salah faham tersebut dapat dielakkan.
  • Kaedah BBT.
  • Hanya masukkan jari ke faraj dah boleh tahu bila hari-hari subur. Bagaimana tu? Ia perlu dilakukan dengan teliti. Apa yang perlu diperhatikan? Bila? Kami jelaskan dengan terperinci secara praktikal hanya dalam buku Rahsia Mudah Hamil…
  • Tanda ovulasi juga boleh dikesan dari payudara? Bagaimana tu? Jawapannya ada di dalam buku di atas…

    Wah,dah jadi macam promosi jualan sempena Tahun Baru Cina pula ya..he he. Sebenarnya saya sekadar menghebah & mencadangkan apa yang saya ketahui.Sesuai atau tidak buku Rahsia Mudah Hamil ini dalam mengatasi masalah anda,berbaloi atau tidak untuk anda mendapatkannya, terletak pada keputusan anda sendiri..

    Berdepan dengan permasalahan begini,bukan sedikit ketabahan dan kesabaran yang diperlukan.Yang tidak melaluinya,tak mungkin tahu perit serta pedihnya. Mudah-mudahan,anda tak putus asa..Mudah-mudahan anda berjaya juga menimang cahaya mata,akhirnya.

    Good Luck!

  • Bookmark and Share

    Comments are closed.

    Dansette

    Better Tag Cloud