Entah mengapa saya suka sangat tengok Nasha Aziz , si pelakon yang saya kira boleh dikategorikan sebagai cantik semula jadi,tak macam artis lain yang cantik dek solekan semata-mata….huh : ( Tapi akhir -akhir ni, nampak Nasha dah sedikit berbeza terutama kat wajahnya tu.

Nasha ....memang cunlah !

Macam….. lah ye. Ada apa-apa ke ? Harap-harap taklah. Ehem, tak best lah. Dulu lagi cantik.

Heheh, ni bukan nak bergosip pasal artis lah. Sekadar menyatakan, bahawa bentuk tubuh sang ‘ supermak ‘ ni cantik, terutama dari bahagian pinggang dan ke bawah….

Kalaulah ‘bentuk’ kita semua macam si Nasha tu….tentulah pakai apa pun cantik kan? Malangnya tak semua orang bertuah. Bentuk berbeza – beza, nak disebutkan di sini pun agak sensitif….so faham-faham sendirilah.

Kebetulan saya ada terbaca sedikit petua @ tips tentang bagaimana nak dapatkan punggung & paha yang cantik dari majalah RAPI. Sorry, tak ingat pula keluaran bila… but somehow , bolehlah dicuba. Ni tips nya.

1) Jangan ambil hidangan berat ketika sarapan. Menurut pakar pemakanan, lagi banyak hidangan pagi yang diambil, semakin banyak hidangan yang akan diambil untuk waktu-waktu makan yang lain. Amalkan mengambil sarapan dengan segelas susu rendah lemak dan semangkuk bijirin sahaja.

2) Makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja tetapi secara lebih kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untuk membakar kalori setiap hari. Bahagikan waktu makan anda kepada 5 kali. 3 kali untuk hidangan utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) dan dua kali untuk snek.

3) Mulakan program 10,000 langkah sehari. Lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari, lebih kecil dan menawan punggung dan paha yang akan dimiliki. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika ingin yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.

4) Tinggalkan makanan pedas. Huhu… bab ni memang susah,tapi apa boleh buat. Bagai tak percaya pula bahawa pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pear,harus elakkan makanan ini sama sekali. Ingat tuu..

5) Hati-hati pada jam 4.34 petang. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh California State University, ini merupakan waktu paling merbahaya untuk mengambil hidangan snek. Pada waktu ini, kadar tenaga berada pada tahap yang paling rendah dan jika anda masih mengambil snek yang bergula, pastikan anda lakukan senaman naik turun tangga selama lima minit.