Sebagai kesinambungan daripada artikel TIDUR JIKA INGIN KURUS, di sini disertakan pula catatan ringkas beberapa tips mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana,garam merangsang ‘nerve endings’ anda yang secara automatik akan menjejaskan kualiti tidur anda.
Jangan lakukan apa-apa aktiviti,terutama aktiviti yang berat kira-kira satu jam sebelum tidur. Sebaiknya,lakukanlah sebanyak mana aktiviti ini,pada siang hari.
Elakkan juga makanan bergula sewaktu makan malam,misalnya beras perang dan roti gandum. Sebaiknya pilihlah daging,ikan dan sayur hijau.
Elakkan menonton filem aksi ganas atau menyeramkan.Ini kerana, filem aksi ganas atau menyeramkan boleh menyebabkan fikiran anda mudah terganggu atau terbawa-bawa dalam mimpi yang menyebabkan anda terjaga dan sukar pula untuk menyambung tidur.Sebaliknya,pilihlah aktiviti yang lebih lembut,misalnya yoga,membaca bahan bacaan ringan dan mendengar muzik romantik atau sentimental