KUNCI DIET SIHAT

12 Kunci Untuk Diet Yang Sihat & Seimbang

1. Tingkatkan kadar pengambilan makanan kaya serat iaitu kiwibuah-buahan,sayur-sayuran,vitamin,mineral dan bijirin penuh.Kumpulan makanan ini rendah kalori dan berupaya memenuhi keperluan 20 -30 gram diet serat yang diperlukan setiap hari.

2. delimaSertakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau,oren dan kuning contohnya brokoli,lobak dan buah-buahan sitrus.Jenis makanan ini bersifat antioksida.Jadi anda harus makan 5 atau lebih hidangan ini setiap hari.

3. Hadkan pengambilan makanan bergula dan bergaram. Kedua-duanya tinggi kandungan lemak.

4. Kurangkan lemak daripada haiwan kerana ia hanya meningkatkan kolesterol dalam darah. Pilih daging kurang lemak dan produk tenusu yang rendah atau tanpa lemak.

5. Lebihkan makan ikan dan kekacang kurang berlemak. Jika anda gemarkan mentega atau majerin,gantikannya dengan minyak zaitun atau minyak jagung.

6. Minima atau sederhanakan saiz hidangan yang ingin dimakan terutama jika hidangan makanan itu tinggi kalorinya.

7. Pastikan kadar pengambilan kolesterol anda setiap hari adalah di bawah paras 300 miligram .Bererti anda perlu memantau pengambilan kuning telur,produk tenusu,daging ayam dan daging merah.

8. Makan pelbagai jenis makanan dari kumpulan piramid makanan untuk memastikan anda memperoleh semua zat makanan. Namun ingat,saiznya perlu sentiasa dipantau.

9. Kekalkan pengambilan sumber kalsium untuk kekuatan tulang dan gigi.Sumber kalsium ini boleh diperoleh daripada kumpulan makanan rendah lemak seperti susu skim,yogurtyogurt dan suplemen.

10. Sebaiknya dapatkan vitamin dan mineral dari sumber asal makanan dan bukannya dari suplemen yang telah diproses.Suplemen kurang memberi manfaat dan proses serapan juga berlaku lebih lambat untuk diet yang sihat.

11. Kekalkan berat badan.Seimbangkan pengambilan tenaga ( kalori ) dengan tenaga yang dikeluarkan.Senaman dan aktiviti fizikal amatlah digalakkan.

12. Kurangkan atau sebolehnya hindari alkohol. Alkohol sebenarnya hanya menambah kalori walau tanpa pengambilan nutrien.

Bookmark and Share

Comments are closed.

Dansette

Better Tag Cloud