Masih lagi berkaitan lelaki…
Topik kali ini ringkas sahaja namun masih lagi ditujukan khas untuk para lelaki.Mudah-mudahan info kali ini akan membantu anda yang bergelar lelaki, untuk menilai sendiri sejauhmana sihatnya gaya hidup anda.
Tips Mudah Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Ho..ho,jangan ingat wanita sahaja yang bertanggungjawab atas kelangsungan zuriat keluarga. Jika lelaki mengalami masalah kesuburan ,nescaya keturunan sesebuah keluarga pasti tidak akan berkembang.Oleh itu,jangan menunding jari kepada wanita sahaja.
Lelaki juga mungkin jadi punca utamanya…..Oleh itu wahai lelaki,anda perlu…:
Zink adalah zat yang boleh mengaktifkan sperma.Antara makanan yang kaya zink ialah makanan laut,daging merah,semua jenis bijirin dan kekacang,termasuk juga produk tenusu seperti keju. Walaupun begitu,anda tidak pula harus berlebih-lebihan.Perlu diingat, jumlah zink yang anda ambil tidak harus lebih daripada 30 mg setiap hari.
Tabiat merokok bukan sahaja memberi impak kepada paru-paru,malah merosakkan membran sperma & mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.
Banyakkan minum air putih iaitu anggaran satu setengah sehingga dua liter air mineral sehari.Ini penting untuk kesihatan tubuh yang turut mempengaruhi kesuburan /kesihatan sperma. Pengambilan kafien yang terlalu kerap seperti kopi( walaupun ada fakta yang menyatakan bahawa kopi memainkan peranan dalam kelajuan pergerakan sperma lelaki) boleh menurunkan tahap pengeluaran sperma.
Racun serangga yang biasanya melekat pada sayur-sayuran & buah-buahan,memang mempengaruhi tingkat kesuburan.Untuk mengurangkan risiko,pakar kesuburan menyarankan agar lelaki mencuci bersih buah-buahan,sayur-sayuran mahu pun ulam-ulaman sebelum memakannya atau boleh juga bertukar ke makanan organik.
Walaupun anda mungkin peminat setia rock kapak…hehe
,yang gaya berpakaiannya adalah memakai seluar ketat,namun anda perlu pertimbangkannya mulai sekarang!Menurut pakar kesuburan,memakai seluar yang lebih longgar akan membantu menjaga testis agar tetap sejuk sehingga mampu meningkatkan pengeluaran sperma.





