Berdiet sudah,bersenam pun sudah..namun tak nampak-nampak pun hasilnya. Badan tetap juga comel cam ‘teddy bear’. Di mana silapnya ya? berjogging

Hah…mungkin anda perlu lihat kembali bagaimana caranya anda bersenam.Apa yang perlu dilakukan sebelum,semasa dan selepas bersenam..? Mungkin di sinilah silapnya yang menyebabkan senaman tidak memberikan hasil terbaik untuk tubuh anda. Pendek kata,buat penat jer..

Jom kenal pasti kesilapan-kesilapan dalam bersenam yang menjejaskan matlamat anda untuk tampil langsing,sihat & bertubuh cantik.

1) Tidak Makan Sebelum Bersenam

Jangan sesekali fikir tidak makan sebelum bersenam akan mempercepatkan matlamat anda untuk kurus & mendapatkan bentuk tubuh menawan. Satu jam sebelum memulakan latihan atau senaman,anda mesti makan makanan daripada sumber karbohidrat yang mengandungi 200 – 300 kalori, seperti pisang,roti berserat tinggi atau yogurt untuk membekalkan tenaga kepada tubuh anda.

2) Mengabaikan Regangan

Anda harus tahu bahawa peregangan berguna untuk meningkatkan gerakan serta lenturan tubuh sehingga dapat mengurangkan risiko tercedera ketika bersenam.

3) Bertopi Ketika Bersenam

Amalan ini memang lazim dilihat pada mereka yang selalu bersenam.Ya,memang bergaya dan kita dapat menghindari cuaca panas. Hakikatnya,penggunaan topi akan menghalang haba / kepanasan keluar dari tubuh serta menyebabkan proses penyejukkan tubuh terhalang sehingga berlakunya gejala dehidrasi.Mungkin anda tidak sedar bahawa sebahagian besar kepanasan tubuh badan keluar melalui kepala.

4) Salah Memilih Kasut

Pemilihan kasut yang sesuai memberi impak besar kepada senaman. Pilihlah kasut-kasut yang sesuai untuk jenis senaman anda seperti berjogging, bermain badminton atau tenis, dan aerobik.

5) Tiada Sasaran / Matlamat

Jika anda tidak pasti otot manakah yang menjadi sasaran untuk ‘diperbaiki’ ketika berlatih,bermakna anda sebenarnya hanya membuang masa. Tetapkan sasaran otot manakah yang ingin ‘diperbaiki’ seperti otot perut,punggung,paha atau lain-lain,lalu bersenamlah dengan memilih aktiviti yang bersesuaian dengannya.

6) Tidak Peka Dengan Bahasa Tubuh

Jika timbul rasa penat atau nyeri pada tubuh semasa bersenam,ambillah masa untuk berehat sehingga tubuh anda bersedia untuk meneruskan latihan.

7) Inginkan Hasil Segera

Jika baru sekali dua bersenam,anda sudah berharap untuk melihat hasilnya,pasti anda akan kecewa.Ini kesilapan utama yang kerap dilakukan oleh kebanyakan orang. Sebenarnya,untuk melihat hasil sebenar,anda memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan. Jadi,bersabar dan teruskan usaha.

8) Suka Membanding-banding

Setiap orang mempunyai kemampuan berbeza dalam menjalani latihan atau senaman,bergantung kepada banyak perkara seperti latar belakang kesihatan,jenis latihan,kesungguhan,masa dan sebagainya. Jadi,janganlah mudah terikut-ikut. Tentukan jenis latihan,tempoh sasaran,masa dan sebagainya mengikut keupayaan diri sendiri. Orang kata – ukur baju di badan sendiri.

9) Mengabaikan Latihan Beban

Latihan kekuatan ( beban) sama pentingnya dengan latihan kardio seperti jogging dan aerobik kerana ia membentuk otot yang padat dan dapat membakar kalori dalam jumlah besar walaupun ketika anda tidak berlatih.

10) Kurang Minum Air

Minum air kosong secukupnya dapat meningkatkan tenaga,mencegah sakit kepala dan gejala degup jantung yang tidak teratur ketika bersenam. Selama berlatih,minumlah sekurang-kurangnya segelas air untuk setiap 15 minit bagi mengelakkan dehidrasi.
Jika latihan dilakukan lebih dari satu jam,minumlah minuman isotonik untuk menggantikan cairan elektrolit yang hilang dari badan.

11) Latihan Beban Melebihi Kemampuan

Berat beban yang melebihi keupayaan tubuh hanya akan menyebabkan risiko kecederaan. Selain itu,anda tidak akan mampu mengulang angkat beban berlebihan itu kerana anda akan lebih mudah letih sedangkan latihan mengangkat beban perlu dilakukan pada kadar 12 kali ulangan bagi setiap tiga set latihan .

12) Hanya Fokus Pada Hasil Bentuk Tubuh

Walaupun anda perlu tetapkan sasaran,otot mana yang ingin ‘diperbaiki’,namun anda juga harus sedar bahawa olahraga atau senaman bukan sekadar bertujuan untuk menghasilkan bentuk tubuh menawan.Lebih daripada itu,olahraga lebih daripada 10 minit dengan intensiti sederhana juga amat bermanfaat untuk memperbaiki kestabilan emosi,meningkatkan kualiti tidur serta mengatasi tekanan.

Jadi,apa kata selepas ini,mulalah kembali bersenam dengan mengambil kira 12 faktor di atas,menjadikannya amalan dalam membentuk gaya hidup lebih sihat serta memiliki bentuk tubuh yang lebih membanggakan…Selamat mencuba!

Bookmark and Share