KACANG MERAH – Kaya Serat

Kacang merah walaupun tidak sepopular kacang yang lain,tetapi ia kaya dengan gizi dan nutrien.Kacang merah merupakan sumber protein,karbohidrat kompleks,serat,vitamin B,kalsium,dan zat besi.Selain itu,kandungan lemak dan natrium yang dimiliki kacang merah juga sangat rendah,hampir bebas kolestrol.Kacang merah merupakan sumber serat yang baik.Dalam 100gm kacang merah kering,terdapat 4gm serat yang terdiri daripada serat larut air dan tidak larut air.Serat yang larut air mampu menurunkan kadar kolestrol dan gula dalam darah.

KURANGKAN GARAM & GULA – Bahan Pengawet

Jika anda menggemari makanan yang manis,masin atau diproses,anda harus mengetahui fakta ini.Terlalu banyak makan garam adalah buruk untuk tekanan darah,terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan,manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.Jadi, ikutilah nasihat ini.Pilih makanan yang kurang garam,gula dan bahan pengawet.Nikmatilah rasa yang segar dan semula jadi untuk mengekalkan tahap kesihatan.

MAKANAN JUGA PENYUMBANG RACUN

Makanan dan air sangat penting untuk kehidupan, tetapi ia juga membawa kuman penyakit dan juga bahan kimia / racun kimia. Bahan kimia dan racun kimia yang terdapat pada makanan ialah :

  • Sayuran/buahan :Racun Serangga & Rumpai
  • Ikan/makanan laut:Formaldehyde
  • Ayam :Nitrofuran
  • Daging:Beta Blocker
  • HADKAN PENGAMBILAN AYAM.

    Sungguhpun dikatakan makan ayam akan memudahkan proses penghadaman,selain membetulkan imbangan badan,baik untuk otak dan kecergasan badan,namun jika dimakan terlalu banyak,boleh menyebabkan penyakit sendi ketika usia semakin meningkat.

    KEBAIKAN KAPSIKUM.

    Kapsikum merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna hijau atau merah.Rasanya manis,terutama yang berwarna merah.Ia kerap digunakan dalam pelbagai jenis hidangan,khususnya sayur dan salad.Kapsikum bukan sekadar penyedap hidangan tetapi ada kebaikan disebalik rasanya.Kapsikum kaya dengan vitamin C,vitamin A dan zat-zat galian seperti besi,kalsium,fosforus,sodium dan potasium.Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong.Daunnya digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat ulser dan bisul.Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal,sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai TROMBOSIS.

    Bookmark and Share