I’am back!

Akhirnya..hari ini saya cuba juga menulis.Semangat ‘blogging’ belum lagi luntur,cuma kerana dek banyaknya kerja….aktiviti blogging terhenti seketika. Bahan baru untuk rakan pembaca semua..petua untuk mengatasi bau badan. Jom cuba!

ketiak busuk

  • SEMASA MANDI,gosokkan bahagian berlipat seperti ketiak dengan potongan limau purut,sebelum diikuti dengan sabun atau buih mandian.

  • SELEPAS MANDI, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan yang berlipat,terutama ketiak.
  • CAMPURKAN TAWAS, yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan sapu pada seluruh badan terutama pada bahagian yang mudah berpeluh.Petua ini elok dilakukan setiap kali sebelum tidur.
  • REBUS secekak serai wangi,daun jambu batu,pandan dan lengkuas. Air rebusan ini boleh dicampur dengan sebaldi air bersih,dan jadikannya sebagai air mandian.Amalkan mandi dengan air mandian sebegini,3 kali seminggu.
  • GORENG segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Tumbuk atau kisar,lalu bancuh bersama sedikit air asam jawa. Lumur dan gosokkan pada bahagian yang mudah berpeluh dan berbau lalu biarkan sehingga 10-15 minit,sebelum mandi.Lakukan sekerap mungkin.
  • POTONG PENDEK batang pokok kantan dan kisar hingga lumat.Rebus sehingga mendidih,angkat dan sejukkan.Jadikan air rebusan tersebut sebagai air mandian.Kemudian guna air bersih sebagai bilasan terakhir.
  • REBUS HALIA hingga mendidih.Biarkan suam,lalu minum satu cawan air rebusan tersebut pada waktu pagi dan waktu malam.Dipercayai,selain dapat membantu membuang angin dalam badan serta mengurangkan lemak,air halia juga dapat membantu mengatasi masalah bau badan.
  • Bookmark and Share