Rambut adalah mahkota wanita. Kalaupun anda memakai tudung,rambut tetap kena dijaga kesihatan dan kebersihannya..Antara tanda rambut tidak sihat,ialah rambut kerap gugur…Untuk mengatasi masalah rambut gugur ni,sebenarnya ada banyak cara. Di sini saya turunkan petua untuk mengelakkan rambut gugur….tidak salah jika anda mencuba. Mana tahu kalau-kalau berkesan.

a) Perah tiga biji limau nipis.Campurkan dengan dua biji putih telur.Ratakan ke seluruh bahagian rambut.Biarkan selama dua jam,kemudian cuci.
b) Rendam segenggam halba dan beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam.Selepas itu,rebus sehingga airnya berwarna perang pekat.Ramaskan semua bahan sehingga hancur dan lumurkan pada rambut.Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.Amalkan sekali seminggu .
C.) Campurkan minyak kelapa dengan lobak merah yang diparut halus dan sapu rata pada rambut.Basahkan tuala kecil dengan air panas.Perah tuala tersebut dan litupkan kepala selama satu jam sebelum dicuci.
d) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat.Kemudian masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan.Sejukkan lalu usap perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala.Amalkan selama dua minggu bagi melihat keberkesanannya.
e) Gosok beberapa kepingan limau nipis pada rambut dan kulit kepala.Selepas itu pecahkan sebiji telur ayam dan sapu pada bahagian yang bermasalah.Litup kepala anda dengan tuala beberapa jam lalu cuci seperti biasa.Lakukan sekerap mungkin.
f) Kacang hijau direbus hingga mendidih. Sapukan air rebusan kacang tadi….(ho ho yang dah disejukkan lah.Hmm kalau tak….)pada rambut dan kulit kepala serata mungkin. Cuci keesokannya.
g) Buat campuran lendir daun lidah buaya,lendir daun bunga raya & lendir pokok tutup bumi ke dalam satu bekas.Campur dengan sedikit minyak zaitun. Sapu ramuan itu ke seluruh kepala sebelum tidur dan hanya cuci pagi esoknya. Petua ini juga dapat mengelakkan rambut beruban.





