MEMBERSIHKAN PERIUK HANGUS

Malam tadi,selesai solat Isyak,saya panaskan rebusan ikan sebelum hidangkan sajian istimewa tu untuk anak-anak saya. Mereka memang gemar benar akan ikan selayang yang direbus tu…hari-hari ikan rebus.Sampai naik muak saya mencium baunya. Namun lauk itulah juga yang mereka idamkan pagi, tengah hari & malam. Puas saya cuba pelbagaikan hidangan,namun semuanya ditolak mentah-mentah. Pantang tak ada ikan rebus,walau saya gantikannya dengan ikan goreng….hmmm,alamat muncung sedepa lah mereka.Protes!
Sementara menunggu rebusan tu mendidih,saya bergerak ke ruang tamu. Capai akhbar,lalu belek-belek muka surat yang saya langkau masa membaca siangnya.Memang itu lah rutin saya…
Sedang asyik membaca,hidung terbau sesuatu.Agak ‘menyengat’ dan hangit baunya..diikuti seperti ada asap dari arah dapur. MasyaAllah…periukku & ikan rebusku.Hangus!! Apa lagi,melompat sakan la saya,bergegas ke dapur dan mematikan gas..huhu,ini kejadian kali ke-2.Entahlah,akhir-akhir ni,kerap sangat lupa & leka…mungkinkah itu tandanya saya semakin………tua?! Oh,tidak!Kih,kih,kih…terima kenyataan la makcik oii..Hmm,nasib korang la anak-anak,hangus pun hanguslah. Makan je….
Oh,periukku yang mahal…nak buat camana erk?! Saya berfikir-fikir…takkanlah nak dibuang begitu saja.Sayangnye…Mujur terlintas nak belek-belek majalah serta buku-buku lama yang ada kat rumah.Jumpa beberapa petua untuk membersihkan kesan hangus pada periuk.Di sini,saya senaraikan juga untuk anda,manalah tahu kalau-kalau anda pun ada banyak koleksi periuk hangus kat rumah tu……he he,bolehlah juga dicuba.Nih petuanya..
1) Sapukan asam jawa pada permukaan yang hangus dan gosok dengan sabut kelapa atau span.Kemudian, gosok pula dengan menggunakan sabun mandi dan span.Bilas bersih dan keringkan.InsyaAllah,periuk akan berkilat tanpa meninggalkan calar.
2) Tuangkan larutan cuka yang dicampur dengan secamca garam ke dalam periuk..err,periuk yang hangus tu lah.Biarkan semalaman.Esoknya buangkan larutan tadi dan cuci @gosok bersih-bersih.
3) Campurkan sedikit serbuk penaik ( ala yang guna buat kek /biskut tuh…) bersama sedikit air di dalam sebuah bekas.Biarkan selama beberapa jam.Kemudian bolehlah gunakan larutan tersebut sebagai bahan pencuci untuk mencuci periuk
4) Dapatkan beberapa keping kulit nanas dan jerangkan bersama air di dalam periuk hangus tadi.Selepas mendidih, bilaskan periuk menggunakan air sabun.
5) Masukkan kulit nanas yang telah dicincang dan dicampurkan dengan dua cawan cuka makan ke dalam periuk yang hangus.Tambahkan dua atau empat cawan air.Biarkan semalaman.Kemudian, cucilah dengan pencuci seperti biasa.
Mudah je bukan? Cubalah ye…kalau tak menjadi juga,dengarlah nasihat saya. Jadikan periuk tu sebagai pasu bunga atau bekas menyimpan alat solek..hi hi,jangan marah, saya gurau aje.
Berbalik kepada kisah anak-anak saya tadi..ikan rebus yang hangus tadi,habis licin dimakan oleh mereka.Langsung tak bersisa…Sama ada sedap rasanya ikan rebus hangus tu,atau mereka memang betul-betul kelaparan. Mojo,Koii,Jerry,Putih dan ibu kandung ( ??? ) mereka Si Gebu,ternyata memang amat senang dijaga…
Jangan salah anggap tentang saya….Mojo,Koii,Jerry,Putih & Si Gebu,adalah kucing peliharaan saya!














