Sedikit petua khas buat akak-akak suri rumah yang buntu melihat pakaian mahal suami,anak-anak terkena karat….Sebelum kena bebel (macam la si isteri tuh sengaja nak letak karat kat baju dia kan…) dengan cik abang,baik try petua ini.Mudah-mudahan hilanglah karat tu dan kehidupan akak-akak sume kembali ‘aman’ ye…heee
1. Caranya mudah sahaja. Belah limau nipis,gosokkan pada bahagian pakaian yang terkena karat tu.Kemudian,rendamkan pakaian itu ke dalam air yang telah sedia dicampur dengan sedikit garam.Biarkan dalam tempoh 30 minit,lalu basuhlah pakaian tersebut seperti biasa.Senang je kan…
2. Gosokkan sabun mandi ( cap ape pun tak pe..)pada bahagian yang terkena karat.Kemudian,perahkan limau nipis atau limau kasturi,juga pada kesan karat tersebut.Biarkan seketika,lalu basuh seperti biasa.
3. Tenyeh buah belimbing buluh yang telah masak pada bahagian karat pada pakaian,lalu basuh pakaian tersebut.
4. Oleskan sesudu cuka makan dan sedikit garam pada pakaian tersebut.Biarkan sehingga satu jam.Basuh pakaian tersebut.
Jika tak menjadi juga petua nih akak-akak sume,minta dia beli sahaja baju yang baru…alah,sehelai baju berapa ringgit sangatlah.Keluar duit untuk 2,3 kotak rokok sehari pun dia mampu,takkan nak beli baju tak mampu pulak…….huhu,nasihat dari tukang hasut!!
Gurau je la…..selamat mencuba






