Sebelum ada yang naik hairan dan tertanya-tanya,biar la saya explain cepat-cepat.Sebelum tu cuba tengok betul-betul kat bahagian header ( pengatas) blog ni…tu yang tulis Wadah 1000 Ilmu-Blogging,Info Kesihatan,Motivasi & MoneyLinks tuh….haa,nampak kan? Haa,so jangan la buat-buat terkejut pulak bila tiba-tiba tengok posting blog saya kali ni lain macam jek ye.Ni pasal dah lama sangat-sangat tak bercakap bab internet sebagai saluran atau lebih mudah satu jalan mudah untuk buat duit lah…macam yang selalu orang cakap tuh.
Mata duitan kah saya ? Oh tidak! Saya bukan orang yang sebegitu.Bila saya menulis tajuk sebegini,jangan cepat menghukum.Juga jangan cepat dinilai begitu-begini. Duit bukanlah segalanya..namun tanpa duit susah juga hidup kita,apalagi pada zaman sekarang.Serba-serbinya mahal serta perlukan duit.Hatta,nak masuk tandas pun perlukan duit…habis rendah 20 sen,betul kan?
Kembali ke tajuk kita,semua orang yang biasa melayari internet pasti maklum bahawa pada masa kini terdapat begitu banyak program buat duit di internet.Ada yang benar,tak kurang juga yang menipu dan menjerat pembaca….Ada ramai yang berjaya,tak kurang juga yang kecundang. Yang pasti,bukan sedikit yang teruja mencuba,termasuklah saya huhu…Secara peribadinya,saya berpendapat, memang internet boleh menjadi medium menjana wang,jika kena caranya.
Seperkara yang tak boleh saya atasi saat ini,adalah keterujaan saya untuk terus mencuba.Sebabnya dalam gagal,ada juga beberapa program yang disertai membuahkan hasil.Dalam erti kata yang lain,saya ni tak serik-serik lah agaknya….Sebenarnya,tidaklah cukup untuk menjadikan saya mewah.Jauh sekali menjadi kaya-raya dalam sekelip mata,namun cukup lah juga untuk buat belanja isi minyak kereta.Baru-baru ni,saya mendapat pendedahan tentang Tunetalk.Com oleh seorang kawan.Memang menarik dan agak unik program ni.Saya tak mahu bercerita tentangnya di sini,sebab ini akan memanjangkan lagi cerita dan mungkin akan menyebabkan pengunjung blog dan para subscriber saya menjadi bosan. Jadi apa kata anda tonton saja video ni.
Ha,camane? Best tak…? Kalau best,daftar je lah sekarang.Kemudian cuba fikir-fikirkan.Sebenarnya,untuk melakukan perubahan,kita harus ada sedikit keberanian untuk bertindak.Itu jauh lebih baik daripada kita terus berdiam diri,menunggu dan terus menunggu.Jangan salah faham,saya bukannya cuba melakukan provokasi kepada sesiapa. Realitinya,ramai di antara kita inginkan perubahan dalam hidup,berangan-angan untuk hidup lebih mewah dan selesa namun kadang-kala terlalu takut untuk mengambil risiko.Jadi,impian itu langsung tidak ke mana-mana.Bagi saya,peluang selalu datang pada saat kita tidak bersedia.Saya tidak mahu menunggu.Saya perlukan anjakan paradigma.Bukan untuk diri sendiri,tapi demi keluarga! Anda bagaimana?






