Salam Pagi..

Hidup anda akhir-akhir ini dipenuhi banyak kegagalan? Luangkan masa beberapa minit di sini dan baca apa yang telah diperkatakan oleh VINCENT GASPERZ dalam bukunya,PEDOMAN PENYUSUNAN RENCANA BISNES.

15 Catatan Untuk Motivasi Diri,Menurut Vincent…,

* BELAJARLAH mengenali hal-hal yang tidak berkaitan,kemudian abaikan! ( Bererti,walaupun tiada kepentingan,elok jika kita sentiasa ambil tahu)

* BEKERJALAH dengan individu yang lebih pandai daripada anda.

* BERI insan di sekeliling anda peluang kedua,namun jangan peluang ketiga.

* BERHATI-HATILAH terhadap orang yang mengakui betapa dia sangat jujur kepada anda.

* CARILAH peluang,bukan rasa aman.Kapal yang ditinggalkan di pelabuhan memang aman,tetapi ada waktunya,bahagian bawah kapal rosak berkarat.

* HABISKAN lebih sedikit waktu untuk membahaskan siapa yang benar,dan lebih banyak waktu untuk membahaskan apa yang benar!

* INGATLAH bahawa pemenang melakukan perkara yang tidak mahu dilakukan oleh orang yang kalah.

* JANGAN sesekali memotong sesuatu yang dapat dibuka ikatannya.

* JANGAN tunda pelaksanaan gagasan (idea-idea) yang baik.Kemungkinan ada orang lain yang baru sahaja memikirkannya juga. Kejayaan akan memihak kepada orang yang bertindak terlebih dahulu.

* JANGAN lupa,keperluan emosional terbesar individu adalah untuk berasa dihargai.

* JADILAH ahli dalam pengurusan waktu.

* JALANILAH kehidupan sedemikian rupa sehingga di batu nisan dapat
dituliskan : ” Tidak Ada Penyesalan”.

* LIHATLAH masalah sebagai kesempatan untuk pertumbuhan dan penguasaan diri.

* NILAILAH hasil yang diperolehi dengan menggunakan kayu ukur berapa banyak anda menikmati ketenangan,kesihatan & kasih sayang.Bukannya berapa banyak kereta,rumah atau wang yang anda berjaya kumpulkan.

* USAHAKAN mencapai keunggulan,bukan kesempurnaan.

Bookmark and Share