RAMADHAN OH RAMADHAN

Hari ni masuk hari yang ke-5 umat Islam seluruh dunia mengerjakan ibadat puasa. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa khusus untuk semua pembaca Ujanasihat.Com yang beragama Islam.

Sudah banyak hari tak berpeluang untuk update blog.Bukan lupa,tapi hari-hari Ramadhan,keadaan jadi lebih sibuk berbanding hari biasa..Saya sebenarnya sibuk menyiapkan blog untuk organisasi tempat saya bekerja.Target hari Rabu minggu hadapan mesti siap sepenuhnya.Alamak,memang tak sempat rasanya! Sebab,saya bukannya orang ICT yang tahu serba-serbi tentang perkembangan,teknik atau kemahiran berkaitan teknologi maklumat.Jauh sekali sebagai pakar…heheh.Tapi dek kerana rakan-rakan saya gagahi juga.Minggu depan,bila blog tu dijangka siap,korang boleh tengok sendirilah…ala-ala blog makcik-makcik! Haa,rasakan…suruh sangat.

Bekerja lebih waktu dalam bulan Ramadhan,memang satu cabaran yang besar.Masa menjadi seperti tidak mencukupi.Amat memenatkan.Dan akhirnya juadah berbuka tak mampu lagi nak disediakan.Lutut dah jadi longgar akibat terkejar ke sana ke mari.Akhirnya bazar Ramadhan jadi pilihan..huhu.Pabila ke sini,satu lagi cabaran terpaksa dihadapi.Nafsu menjadi sangat besar.Dan berbondong-bondonglah kita mengusung bungkusan plastik di tangan kanan dan kiri.Senario yang sudah amat biasa kita lalui setiap kali menjelangnya Ramadhan. Namun sebaik sahaja meneguk segelas ( atau mungkin juga bergelas-gelas ) air sesudah azan Maghrib,nafsu besar tadi mula mengendur. Akhirnya ke mana pergi berbungkus-bungkus ‘juadah segera’ yang dibeli tadi kalau tak mendarat di dalam tong sampah,betul tak? Pembaziran berlaku lagi.Bukan ini yang pertama justeru saban tahun kita ulang melakukannya,sedangkan setiap daripada kita maklum bahawa Ramadhan bukan hadir sekadar menguji perut.Ramadhan hadir untuk memberi lebih ruang beribadat, memupuk sabar,mempertingkatkan rasa syukur dan takwa terhadapNya.Jadi,cukup-cukuplah kita membazir.Berhentilah daripada berterusan mengikut nafsu.

Hmm,itu tentang makan..belum lagi cerita lain.Saat menunggu berbuka,sempat juga saya membelek-belek akhbar.Betullah agaknya,dunia makin hampir ke akhir zaman.Buang bayi ke dalam tong sampah,bayi ditemui di dalam kotak,mayat bayi ditemui dalam tangki septik…macam-macamlah. MasyaAllah,masyarakat kita makin tenat.Itu belum lagi berita anak sepak dan pijak bapa…atau kisah bapa ‘meratah’ darah daging sendiri.Apa sudah jadi?? Inilah dia,tanda-tanda keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial masyarakat kita,orang Melayu khasnya! Ramadhan datang untuk ‘membasuh’ dosa,sebaliknya kita terus-terusan galak mengumpul bala. Sedih rasanya bila membaca atau mendengar kisah-kisah begini.Semuanya menunjukkan tanda-tanda keruntuhan institusi keluarga. Tak hairanlah,bila akhir-akhir ini banyak kejadian bencana berlaku di sana-sini.Banjir besar,tanah runtuh,gempa bumi,ribut taufan dan yang terbaru wabak kencing tikus! Benar sahabat semua,itu fenomena alam.Tapi pernahkah kita terfikir yang semua kejadian tersebut,mungkinkah sebenarnya satu petanda betapa murkanya DIA terhadap manusia,yakni kita,hamba yang selalu lupa dan tidak tahu bersyukur?

Moga,kita dan seluruh keturunan kita dijauhkan sejauh-jauhnya dari kemungkaran dan bencana sebegitu.Subhanallah!

Bookmark and Share

Comments are closed.

Dansette

Better Tag Cloud