PENYAKIT SOSIAL ORANG MELAYU

…pabila IMAN senipis kulit bawang

night club

Apalah yang nak jadi dengan bangsa Melayu kita ni…? Tak pernah sunyi dari kisah sumbang mahram,rogol,liwat dan macam -macam lagi yang menunjukkan bahawa penyakit sosial ini sudah pun menular…menjadi wabak..berjangkit dengan cepat sekali. Tua,muda,lelaki,perempuan..tak sedikit yang tergelincir…Terkini,gejala ‘rumah urut’(harap maaf,ini sekadar gambar hiasan sahaja huhu…sensitif!Tidak sesuai untuk tatapan anak-anak bawah 18 tahun,harap maklum) rumah urutpula mula menjangkiti masyarakat,orang Melayu khususnya.

Baca sahaja artikel ini untuk melihat sejauh mana orang kita yang tak kuat iman terjebak….

  • SARANG LELAKI GERSANG
  • USTAZ AKHIR ZAMAN
  • CIKGU SONGSANG :Mencalar Imej Warga Pendidik
  • NALURI SONGSANG LELAKI
  • GIGITAN CINTA BONGKAR RAHSIA
  • SEPI LELAKI BERUSIA
  • LIWAT BAYI SENDIRI
  • ALAHAI MAK NYAH…
  • HAMBA NAFSU BAPA TIRI
  • ….sebenarnya banyak lagi berita-berita tentang keruntuhan moral bangsa Melayu ( saya pun Melayu,malunye….jika anda yang membaca ni Melayu,anda juga patut rasa malu) yang jika nak saya senaraikan di sini,pasti tak cukup ruang blog dibuatnya. Yang di atas,hanyalah sebahagian kecil paparan yang sempat saya kutip dalam tempoh seminggu kebelakangan ini.

    Jelas sekali,,masyarakat kita sedang tenat…jika berterusan ,nescaya hancur bangsa kita sendiri. Itu belum lagi kita bicarakan tentang rasuah,penyelewengan,penyalahgunaan kuasa,dadah dan sebagainya…Pendek kata,jika disenaraikan semuanya,pasti orang kita mengungguli carta!

    Soalnya mengapa? Adakah kerana..?
    kurangnya iman…
    gagalnya didikan…
    salah asuhan…..
    longgar institusi kekeluargaan…
    jurang ekonomi yang menekan….

    Sama-samalah kita renungkan. Menangani kebejatan sosial orang kita bukan tugas seorang,namun perlu campur tangan,tindakan dan keprihatinan semua…Melentur buluh kata orang,biar dari rebungnya. Bererti asuhan bermula daripada kecil,pastinya oleh keluarga..

    Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan,secara peribadi,saya fikir langkah wajar yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan bangsa bermoral adalah dengan memasukkan pelajaran Pendidikan Agama Islam sebagai salah satu kertas wajib lulus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)….Ini tak,kita sibuk dengan hal lain pula…Memanglah,jika subjek PAI ini diwajibkan,belum tentu dapat menangani semua permasalahan di atas.Saya pun sedar tu..Namun,seperti kata orang tua – tua,daripada cempedak baiklah nangka,daripada tidak baiklah ada!

    Tapi ye lah,siapa sangatlah saya mahu perjuangkan hal begitu…lantaran pemimpin kita sendiri pun,entahlah….sama ada terlepas pandang atau sengaja menutup mata dan telinga akan hal begitu! Betul tak? Yang terus-terusan runtuh akhlak,pastilah orang kita…siapa orang kita tu? Orang Melayulah!

    Alangkah sedihnya!!

    Bookmark and Share

    Comments are closed.

    Dansette

    Better Tag Cloud