MAULIDUR RASUL :Meneladani Akhlak Rasul Junjungan
Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca beragama Islam. Hari ini,12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Feb 2010,buat ke sekian kalinya kita bertemu lagi bagi meraikan Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W.Inilah sebenar-benarnya “Hari Kekasih” yang wajar diraikan oleh mereka yang mengakui dirinya sebagai seorang Muslim.
Apa agaknya acara yang anda rancangkan untuk sepanjang hari sempena cuti umum Maulidur Rasul ini ya..? Walau apa pun kegiatan yang anda rencanakan,mudah-mudahan ia bukanlah acara yang boleh menjerumuskan kita kepada kemungkaran dan kemaksiatan ye..kerana ini ternyata amat berlawanan dengan peribadi serta akhlak yang cuba diserapkan melalui sambutan penuh mulia ini.
Maulidur Rasul sepatutnya diisi dengan kegiatan yang boleh menzahirkan syiar kecintaan kepada Junjungan Besar Rasullullah S.A.W di samping menyemarakkan budaya ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam.
Sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing dalam mengajak masyarakat meneladani tingkah dan akhlak Junjungan Besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W,apatah lagi dalam keadaan masyarakat hari ini yang kelihatannya mulai berdepan dengan cabaran keruntuhan moral yang bukan lagi sedikit..
Bagi anda yang mungkin tiada sebarang perancangan untuk hari ini,elok juga jika anda dapat luangkan masa untuk meneliti beberapa catatan berkaitan sambutan Maulidur Rasul.Berikut ini adalah sebahagian petikan wacana ilmu yang sempat saya kutip daripada beberapa akhbar tempatan berkaitan sambutan bagi meraikan Hari Keputeraan Junjungan Besar kita.
Hukum Menyambut Maulidur Rasul














