Untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja!!

Huhu…Gempak??

Hehe…gurau-gurau je.Sebenarnya,kali pertama memilih untuk menulis tajuk ini,bukanlah kerana saya ada tujuan tertentu seperti sengaja mahu menarik pengunjung ke blog ini dengan menyerap masuk unsur “xxxx” atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya….Namanya pun blog petua,tentulah pelbagai petua boleh dimuatkan di sini,betul tak?

Lagipun,sebelum ini,jika ada yang perasan,boleh dikatakan hampir 100% saya menulis petua dan hal-hal yang berkaitan dengan wanita. Jadi,sampai masanya untuk saya berlaku lebih adil,dengan memuatkan pula bahan berkaitan kesihatan lelaki. Tentunya,anda yang bergelar lelaki kat luar sana tu,akan turut mendapat manfaat daripada penulisan blog ini.Mudah-mudahan,post terbaru hari ini,termasuk semua post yang terdahulu,tak kira walau apa tajuknya..akan membawa kebaikan kepada semua pihak.Sesuai dengan niat saya masa mula mewujudkan UJANASIHAT.COM ini,iaitu berkongsi ilmu dengan semua ke arah KEBAIKAN!

Opps,dah jauh sangat melalut..Jom terus kepada tajuk.

Bagi mengekalkan pretasi atau kelakian lelaki seksianda,anda harus berpantang daripada:

  • Memakan makanan bersifat sejuk,terutama yang memberi mudarat kepada buah pinggang. Mengikut ilmu perubatan Cina,lelaki tidak digalakkan makan epal,barli,timun,telur itik,salad,bunga lily,limpa kambing,limau mandarin,mangga,buah pear,pepermint,bayam,strawberi dan gandum.Tidak pasti sejauh mana kebenarannya,gandum misalnya,dikatakan memberi kesan langsung kepada buah pinggang.
  • Dari sudut ilmu perubatan Melayu,tidak jauh bezanya dengan apa yang ditegah dalam kalangan masyarakat Cina.Lelaki tidak digalakkan makan pisang embun,tembikai,kepak ayam dan nasi sejuk.
  • Berbeza pula halnya bagi ilmu perubatan India,lelaki dipercayai mudah mengalami masalah tenaga batin jika banyak memakan daging,bawang,makanan yang masam seperti jeruk,buah-buahan yang masak terlalu ranum,dan mengambil alkohol serta tembakau.
  • Ilmu perubatan mengikut cara Islam pula menekankan supaya jangan makan berlebihan,kurangkan makan daging ayam jantan serta terung merah/ungu untuk mengatasi gangguan atau lemah syahwat.Seperti yang biasa disebut,lelaki juga dinasihatkan jangan makan bersulamkan air.

    Untuk memastikan kelakian anda terus mantap,walau usia semakin ke penghujung,anda digalakkan:

  • belajar mengawal teknik pernafasan.Jauhi cara pernafasan yang dangkal iaitu menarik nafas sedikit sahaja lalu menghembusnya. Praktikkan cara pernafasan yang betul,dalam,bersistematik dan tenang sahaja.
  • tahan nafas atau jangan hembus nafas ketika minum.
  • kunyah makanan secara perlahan atau teratur untuk memudahkan proses penghadaman.Ini ada kaitannya dengan stamina seksual anda.
  • pilih makanan anda. Elakkan makan makanan berlendir atau kurang masak. Mengapa? Hmm,ada sebabnya…
  • pastikan pembuangan air kecil dan air besar berjalan sempurna.Jangan biasakan diri menahan kencing kerana ini ada kaitannya dengan kesihatan alat reproduktif anda.
  • buang air kecil di tempat sepatutnya. Jangan sesekali buang air kecil ketika berada di dalam air atau di atas tanah lapang.
  • banyakkan minum air suam.Seboleh-bolehnya elakkan sama sekali air batu.
  • kurangkan kuah ketika makan nasi.
  • kurangkan makan makan makanan yang terlalu panas,kerana dipercayai boleh menyebabkan ejakulasi pramatang.
  • tidur dengan memakai pakaian sesuai.Elakkan memakai celana atau seluar dalam ketika tidur.
  • atasi tabiat suka melancap atau beronani.
  • meniduri isteri ketika haid.Percaya atau tidak,anda harus tahu bahawa darah haid wanita sangat kotor,mengandungi toksin serta boleh mendatangkan penyakit dan menjejaskan kesihatan alat kelamin anda.

    So,untuk anda yang bergelar lelaki..bagaimana? Mengawal diri anda dengan mengikut saranan pantang-larang di atas,atau terus dengan pegangan dan kepercayaan anda? Semuanya terpulang kepada diri anda sendiri. Jika anda sayangkan ikatan perkahwinan anda,bertindaklah dari sekarang.

    Selamat mencuba..jumpa lagi.

  • Bookmark and Share