Jika lelaki mempunyai karektor tertentu,wanita juga tidak terkecuali.Jom lihat dan kenali watak wanita di sisi anda.

WANITA lazimnya…,

  • mudah menerima serta mudah terpengaruh dengan pendapat atau pandangan orang lain,lebih-lebih lagi dengan orang yang akrab dengannya.
  • mengalah sebagai tanda sayang & pengorbanan tidak berbelah bagi.
  • selalu menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya dengan orang yang disayanginya.
  • suka meluahkan perasaan atau menceritakan masalah kepada orang lain untuk mendapatkan simpati dan empati.
  • memiliki perasaan seperti ombak,iaitu perasaan yang lambat reda.
  • suka berleter tentang sesuatu perkara sehingga berasa puas hati.
  • lebih bersifat kedekut untuk tujuan berjimat-cermat.
  • memiliki penilaian sebaliknya berbanding lelaki iaitu yang bersifat mikro yakni melihat sesuatu secara terperinci.
  • lebih fokus kepada sesuatu perkara.
  • memiliki kelebihan memahami gerak rasa hati.
  • cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.
  • lebih sensitif,mudah merajuk,marah atau cemburu lebih-lebih lagi jika terasa imej diri menurun atau tergugat.
  • mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat atau membuat keputusan.
  • lebih memberi tumpuan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan berbanding lelaki yang fokus terhadap kebendaan.
  • meminta dan menghulur bantuan sebagai tanda sayang dan juga keinginan bermanja.
  • akan mengalah dan kadang-kala berpura-pura bersetuju dengan pasangan lawannya.
  • suka bercerita tentang pasangan dan menghormatinya.
  • lebih mudah meminta maaf.
  • mudah panik atau risau saat menghadapi kesulitan
  • lebih gemar mengikut keputusan yang telah dibuat.

    Cinta wanita memerlukan:

    *diendah @ dipedulikan
    *kefahaman
    *penghormatan
    *perhatian dan tumpuan
    *pengesahan
    *keyakinan
    *doa yang lebih khusus untuk keluarga dan rumah tangga
    *sentiasa ingatkan keluarga apabila berjauhan.

  • Bookmark and Share