KENALI WATAK LELAKI

PERWATAKAN MENGIKUT GENDER:Apakah Watak Anda??

Umumnya terdapat persamaan dan perbezaan watak antara dua gender ini. Maha Suci Allah yang menjadikan hambanya perbezaan dan persamaan untuk saling lengkap melengkapi hidup ini…

Seorang LELAKI lazimnya,

  • mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan dirinya sukar menerima pendapat orang lain terutama pasangannya.
  • jika mengalah,bukan bererti dia tidak bermaruah atau berprinsip.
  • mengukur kejayaan berdasarkan hasil atau prestasi yang jelas kelihatan di depan mata.
  • dalam keadaan stres atau tertekan,lebih suka mengasing atau menyendiri.
  • memiliki emosi atau perasaan seperti getah,yakni sesuatu perasaan itu timbul sekejap sahaja.
  • tidak suka diarah,sebaliknya suka mengarah.
  • bersikap pemurah dan kadang-kala boros.
  • memiliki pemikiran makro iaitu melihat sesuatu perkara secara keseluruhan.
  • tidak fokus terhadap sesuatu perkara.
  • mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
  • dalam komunikasi,kurang teliti mendengar namun cepat memberi pendapat.
  • hanya menegur pabila sesuatu hal itu mula tampak keterlaluan.
  • lebih fokus terhadap aspek fizikal atau kebendaan.
  • meminta bantuan kerana malas atau ketika tidak berupaya.
  • akan melawan dan menjauhkan diri,atau sebaliknya membisu tatkala berlaku pertengkaran.
  • tidak suka bercakap mengenai pasangannya malah selalu pula meremehkan diri pasangan.
  • sangat sukar meminta maaf daripada pasangannya walaupun jelas dia yang bersalah.
  • lebih tenang berbanding wanita saat menghadapi situasi getir.
  • lebih suka membuat keputusan.

    Cinta dan kasih sayang lelaki memerlukan:
    *kepercayaan
    *penerimaan
    *penghargaan
    *sanjungan
    *persetujuan
    *dorongan
    *doa yang lebih khusus untuk diri,keluarga dan kepentingan ummah sejagat
    *terasa lebih bebas apabila berjauhan daripada keluarga

  • Bookmark and Share

    Comments are closed.

    Dansette

    Better Tag Cloud