
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Post kali ini tiada kaitan dengan petua-petua untuk mendapatkan kulit cantik mulus,mahupun tips untuk melangsingkan badan.Juga bukan mengenai petua untuk menjadikan masakan anda enak dan memikat selera.He he he….udah ‘bulat’ dan comel begini,apa lagilah agaknya yang kurang menyelerakan,ye tak?!
Sebenarnya,ada perkara lain yang bermain dalam fikiran saya sejak lama dulu.Hal ini berkaitan dengan kecenderungan diri yang inginkan sebesar-besar perubahan dalam hidup,namun pada saat yang sama,saya TAKUT GAGAL!
Ahah…saya percaya,frasa di atas tu,bukan sahaja menghantui diri saya,malah anda juga.Betul kan…? Ramai lelaki dan wanita di luar sana,tak kira usia mahupun bangsa,pada satu ketika bila mana terasa ada kekurangan dalam hidup,mulai berura & berkira-kira untuk melakukan perubahan.Jika berniaga,ingin lebarkan sayap perniagaan. Jika selama ini hanya bermotosikal,ingin pula rasanya berkereta.Bertahun-tahun menjadi orang bawahan,teringin juga jadi majikan.Kerjaya tak berkembang,ingin pula lanjutkan pelajaran.Bila sebut tentang umur,ingin manfaatkan masa yang bersisa untuk beramal ibadat.
Nah,ringkasnya selagi nadi berdenyut,keinginan demi keinginan sentiasa ada. Ertinya,selagi bernama manusia…naluri untuk melakukan perubahan hadir bila-bila masa. Cuma yang membezakannya adalah sejauh mana keinginan untuk berubah itu melonjak dan mendorong jiwa seseorang manusia. Jika begitu kuat dorongan untuk berubah itu melonjak dalam diri,menghimpit minda dan terus mengasak agar anda segera bertindak,maka langkah pertama yang harus anda mulakan ialah membuang jauh-jauh KETAKUTAN anda.Percaya atau tidak,inilah sebenarnya musuh utama yang mengekang anda dalam melakukan perubahan dan mengecap nikmat kejayaan.
Secara ringkasnya,buanglah jauh-jauh KETAKUTAN anda itu agar anda dapat:
dengan menonjolkan nilai positif yang ada dalam diri seperti anda berani dan yakin,serta anda memang mahu berubah dan mencipta kejayaan.
dan dengan itu dapat membantu anda segera bertindak merangka sasaran,strategi dan tindakan,demi mencapai apa yang idam-idamkan selama ini.
dan anda harus dengan segala upaya merebut peluang ini dengan segera,tanpa berlengah-lengah.Adakalanya peluang datang pada saat yang tidak kita sedari,dan jika terlepas mungkin ia tak akan datang lagi.Cuma satu sahaja yang perlu anda ingati,rebutlah peluang dengan cara yang beretika kerana kejayaan yang datang dari cara begini,lazimnya lebih berkat dan kekal lama.
Kesimpulannya,buanglah jauh-jauh ketakutan anda itu,jika anda mahu hidup anda berubah dan berjaya. Sedar atau tidak,jika anda berjaya membuang jauh-jauh ketakutan itu,anda sebenarnya sudah hampir separuh jalan berada di landasan sama yang pernah dilalui oleh orang-orang yang berjaya.Bukankah itu sebenar-benarnya yang anda selalu harap-harapkan?





