LAWAK SANTAI

……..untuk hiburan/release tension sahaja

(1) Pekak

Satu hari Doktor karim didatangi seorang lelaki yang mengadu isterinya mengalami masalah pendengaran sejak akhir-akhir ini.Doktor Karim lantas menyarankan agar dia cuba memeriksa sekali lagi sama ada benar isterinya mengalami masalah pendengaran ataupun tidak. Ketika di rumah,si suami mula bertanyakan isterinya yang sedang memasak di dapur.“Sayang masak apa hari ni?” Isterinya diam tidak menjawab. Tidak puas hati,si suami dekatkan badannya ke isteri dan bertanya sekali lagi. “Sayang masak apa hari ni?!” (dengan nada suara yang agak kuat sikit).Namun isterinya masih juga tidak memberikan jawapan.Sekali lagi dia bertanya. Kali ini dengan nada suara yang kuat seperti menjerit.“SAYANG MASAK APA HARI NI?” Sebaik sahaja mendengar jeritan suaminya,isterinya dengan selamba berkata,“Abang ni….kan dah tiga kali saya cakap,hari ni saya masak kari ayam….”. Muahahah

(2)

Ular Berbisa

kartun ular2 ekor ular sedang menyusuri sawah untuk mencari mangsa.Tiba-tiba ular A bertanya kepada temannya,ular B.
Ular A : “Kita ni jenis ular yang berbisa tak?”
Ular B : “Entahlah,aku pun tak tahu.Kenapa?”
Ular A : “Baru tadi aku tak sengaja tergigit bibirku..”

3. Pelancong Jepun

Dalam sebuah lif di KLCC ada tiga orang pemuda.Pemuda pertama dan kedua melirik kepada pemuda yang ketiga.

Pemuda 1: Tengok,ada pelancong luar ler….
Pemuda 2: Orang Jepun kot,pendek jer…he he
Pemuda 1: Dahlah pendek,debab pulak tu…
Pemuda 1 & 2: Kah…kah…kah…!!!

Kemudian lif pun terbuka

Pemuda 3: Minta maaf….tumpang lalu ye.Jepun pendek lagi debab nak lalu ni…terima kasih.
Pemuda 1 & 2: ?????

Bookmark and Share

Comments are closed.

Dansette

Better Tag Cloud