MENGAPA PILATES ?

Pernah dengar tentang ‘pilates’ ?

pilates

Pilates adalah satu kaedah senaman yang secara amnya diasaskan oleh Joseph Pilates pada awal abad ke-20.Pilates merupakan satu kaedah senaman yang memberi penekanan kepada kelenturan atau pergerakan sepenuhnya pada tubuh seiring dengan konsentrasi minda.

Pilates sesuai untuk beberapa bahagian tubuh seperti perut,tulang belakang,paha dan pinggang.

Pergerakan senaman yang dinamik namun perlahan ini selain memberi imbuhan kepada kesihatan dan kecergasan,ia juga dikatakan dapat meredakan stress atau tekanan.

Komponen senaman pilates yang terdiri daripada pergerakan dan regangan otot yang kebiasaannya disertai dengan iringan alunan muzik atau irama,menyumbang manfaat kepada kekuatan sendi.Pergerakan dengan kuasa intensiti yang rendah,teknik pernafasan yang betul sering diberi penekanan agar tidak memudaratkan tubuh badan.

Persoalannya mengapa pilates disarankan sebagai pilihan ? Sebenarnya pilates memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kerana :

  • ia mampu memperbaiki tahap koordinasi tubuh
  • berupaya memperbaiki taraf imbangan diri dalam setiap pergerakan
  • melembutkan dan menguatkan otot-otot serta sendi
  • memastikan fungsi organ dalam tubuh bertindak / bekerja dengan sempurna
  • ciri-ciri santai dalam senaman ini berupaya meredakan tekanan
  • mendorong pengaliran oksigen dalam memperbaiki perjalanan darah
  • meningkatkan keupayaan rembesan hormon endorphine yang bertindak menghasilkan rasa tenang,gembira dan sebarang perasaan positif yang lain
  • memperbaiki tahap kesihatan kulit dan rambut
  • meningkatkan daya tahan diri terhadap jangkitan atau penyakit
  • menguatkan jisim tulang
  • meredakan sakit pinggang dan tulang belakang oleh kerana sifat senaman ini yang lebih memberi penekanan kepada fungsi memperkuat otot dan tulang pada bahagian tersebut
  • meningkatkan tahap metabolisme yang secara tidak langsung mengawal peningkatan berat badan
  • Bookmark and Share

    Comments are closed.

    Dansette

    Better Tag Cloud