MUSUH WANITA ?
Siapa atau apakah musuh utama wanita?
Persoalan yang menarik,namun jangan sesekali disalah tafsir. Wanita tidak mudah memusuhi sesiapa,kecuali bila hatinya retak…hi hi berfalsafah la pulak.Haa, tak betul ke ?

Sebenarnya post kali ini berkaitan satu perkataan yang amat digeruni kebanyakan wanita,iaitu M.E.N.O.P.A.U.S. Ada apa sebenarnya dengan MENOPAUS ? Jom sama-sama kita kongsi pengetahuan berkaitannya.
MENOPAUS adalah fasa semulajadi yang harus ditempuhi oleh setiap yang bergelar wanita.Bezanya cepat atau lambat sahaja.Pada fasa ini, hormon seks khususnya estrogen,yakni yang dikeluarkan oleh indung telur mengalami pengurangan secara drastik.Biasanya ia berlaku pada usia 45 – 60 tahun.Tak kurang juga yang menempuhinya lebih awal,iaitu pada usia yang lebih muda.Apabila kadar hormon menurun,menstruasi pun berhenti.MENOPAUS kerap mengakibatkan wanita berasa tertekan,kerana ramai yang berasa dirinya kehilangan harga diri & daya tarikan seksual terhadap pasangannya.Jadi wanita menjadi lebih sensitif,mudah marah,murung dan sebagainya.
Gejala MENOPAUS adalah sangat bervariasi dan ia berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.Antaranya:
Bagi mencegah rendahnya kadar estrogen pada masa transisi atau peralihan kepada fasa MENOPAUS,ubahlah gaya hidup & pola pemakanan anda.Dapatkan gizi yang mampu mengurangkan gejala MENOPAUS serta dapat mencegah risiko serangan penyakit jantung dan osteoporosis.Salah satu makanan yang dianjurkan adalah produk berasaskan soya seperti susu soya,tauhu dan tempe di samping makanan lain yang yang kaya dengan kalsium seperti ikan.
Pada usia MENOPAUS,cubalah hindari :
Seboleh-bolehnya:
Selain itu,tangani lah emosi secara bijak & mantapkanlah kehidupan sosial anda.Tangani kesunyian dan perasaan kehilangan anda dengan banyak meluangkan masa dengan pasangan,ahli keluarga dan teman-teman.Ingatlah wahai wanita,MENOPAUS bukan petanda berakhirnya sebuah kehidupan!





