……Dunia Dari Kaca Mataku

Wadah 1000 Ilmu – Blogging,Info Kesihatan,Motivasi,MoneyLink
Subscribe

LAGI TENTANG DIABETES

January 18, 2010 By: Dja Category: Fakta Penyakit

Aneka kuih-muih yang manis rasanya memang menggugat selera. Itu belum lagi dihidangkan dengan cendol,ais kacang,laicikang..dan lain-lain yang seangkatan dengannya.Godaan makanan manis hadir setiap hari dalam hidup kita justeru Malaysia memang kaya dengan aneka sajian yang enak-enak dan pastinya ‘mewah’dengan kandungan gula.ais kacang

Tidak dinafikan hidangan manis memang membuka selera,namun berbaloikah berdamping setia dengannya jika dalam senyap ia menjadi ‘pembunuh’dalam hidup manusia?

Pengambilan gula secara tidak langsung dalam dalam sajian kita seharian,membawa banyak risiko kepada kesihatan diri sendiri. Kita berhadapan dengan :

  • risiko kegemukan
  • risiko kerosakan gigi
  • kehadiran gula dalam darah yang ketara tinggi yang membawa risiko kencing manis
  • risiko serangan jantung dan lain-lain lagi

    Menurut kajian ,lima tahun lalu seramai 171 juta penduduk dunia menghidap diabetes.Penyakit progresif ini mendedahkan penderitanya terhadap pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi termasuk buta,amputasi dan penyakit kardiovaskular.

    Terbaru,diabetes juga kini menyerang kanak-kanak & remaja.Tidak terhad lagi kepada golongan dewasa & warga emas,diabetes menyerang kanak-kanak & remaja atas pelbagai faktor termasuk tabiat pemakanan mereka.Artikel Penuh

  • Bookmark and Share

    Comments are closed.


    Better Tag Cloud