Salam petang,
Dalam post kali ini,saya tidak berhasrat untuk mengupas maksud kolesterol justeru saya percaya ramai yang sudah terbiasa dengan perkataan yang menakutkan sekian ramai orang ini. Cuma perlu kita berwaspada,kolesterol tinggi terkadang tidak menunjukkan sebarang tanda..yang hanya kemudiannya tiba-tiba sahaja ‘meledak’,menyebabkan sebahagian daripada kita yang terkena ‘ledakannya’itu menjadi lemah , lumpuh malah membunuh seluruh ruang kehidupan.Mahukah kita,jika itu yang ditakdirkan berlaku? Pasti jawapannya tidak bukan..!? Lantas,mulakanlah langkah dari sekarang.Perbetulkan gaya hidup kita.

Terdapat pelbagai langkah atau pendekatan yang boleh kita praktikkan untuk memastikan tubuh ,bebas daripada menanggung risiko tingginya kadar kolesterol dalam darah,yang pastinya menjerumuskan kita kepada pelbagai gejala penyakit.

Cubalah untuk….

Makan makanan yang sihat untuk jantung seperti:
Susu skim atau susu 1% lemak
Yogurt rendah lemak
Keju,rendah atau tanpa lemak
Ikan
Ayam dan ayam belanda tanpa kulit
Daging yang dipotong nipis
Bijirin,pasta dan kekacang
Jagung,roti
Sayur-sayuran & buah-buahan

Kurangkan…

Majerin dan minyak
Nangka,cempedak,langsat,pisang,anggur dan air kelapa

Elakkan…

Susu penuh krim
Krim dan ais krim
Keju tinggi lemak
Mentega
Lemak daging / lemak haiwan
Sosej,hot dog & bologna
Organ dalaman haiwan seperti hati & pedal
Santan kelapa

Lakukan..

Berjalan
Senamrobik
Berkebun
Menari
Bersukan
Bermain lompat tali / skipping

Sasarkan berat badan unggul dengan cara beransur-ansur mengurangkan berat badan dan amalkan..

Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi dan tinggi lemak
Ambil makanan dalam kuantiti sedikit
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai snek
Pilih cara memasak dengan merebus,bakar atau panggang
Lakukan aktiviti fizikal setiap hari

Bookmark and Share