JANGKITAN TREK URINARI DI KALANGAN WANITA
** Sumber : Majalah Rapi Julai 06
Pernah dengar tentang ‘jangkitan trek urinari’? Gejala ini lazim berlaku di kalangan kita terutama kaum wanita,cuma yang kita mungkin tidak ketahui adalah apakah ia dan apakah puncanya?
Jangkitan trek urinari adalah jangkitan yang berlaku pada sistem saluran kencing.Trek urinari terdiri daripada organ yang mengumpul,menyimpan serta mengeluarkan air kencing daripada badan iaitu,buah pinggang (kidney),ureter,pundi kencing (bladder) dan salur kencing (uretra)
. Jangkitan jenis ini jarang mendatangkan komplikasi tetapi boleh mengundang masalah kesihatan yang serius jika jangkitan telah merebak ke bahagian buah pinggang.
Fungsi-fungsi Organ
Mengumpul bahan kumuh dan lebihan air daripada darah dalam bentuk air kencing.
Membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing
Menyimpan air kencing dan menolak keluar air kencing apabila mencapai takat penuh.
Tiub kecil yang membawa keluar air kencing daripada pundi kencing semasa kencing.

Bagaimana Jangkitan Bermula ?
Jangkitan lazimnya bermula di trek urinari bahagian bawah (salur kencing & pundi kencing) tetapi jika tidak dirawat,ia boleh merebak ke trek urinari bahagian atas (ureter & buah pinggang).Jangkitan di pundi kencing (sistitis) adalah jenis jangkitan yang lazim berlaku.
Jangkitan di bahagian salur kencing dikenali sebagai uritritis manakala jangkitan di buah pinggang (pilonefritis)memerlukan rawatan segera kerana boleh menyebabkan gangguan fungsi buah pinggang dan juga kematian bagi kes yang teruk.Jangkitan trek urinari boleh berlaku dalam kalangan lelaki,wanita & kanak-kanak.Namun begitu kelazimannya wanita mudah mendapat jangkitan ini iaitu dalam nisbah 5:2 berbanding lelaki dan 1:5 di kalangan wanita daripada pelbagai peringkat umur.
Punca-punca Jangkitan
1. Dianggarkan 80% kejadian jangkitan trek urinari disebabkan oleh bakteria yang terdapat di bahagian anal (salur najis).Pada bahagian ini,ia tidak akan memberi sebarang kesan penyakit,namun jika ia tiba di bahagian sistem kencing,jangkitan akan berlaku.
2. Bakteria penyebab masalah ini dikenali sebagai Escherishia coli (E.coli). Lain-lain bakteria yang turut menyumbang kepada jangkitan adalah staphylococcus,chlamydia trachomatis dan mycoplasma hominis.Saluran masuk bakteria adalah melalui salur kencing ,di mana lazimnya badan manusia dapat menyingkirkan bakteria ini tanpa sebarang simptom.Golongan mudah terdedah kepada jangkitan ini adalah wanita & warga emas.
3. Jangkitan trek urinari lazim berlaku di kalangan wanita disebabkan ukuran salur kencing wanita yang lebih pendek (3.8 cm/1.5 inci) berbanding lelaki (20 cm/8 inci) serta kedudukan salur kencing wanita yang lebih hampir dengan anus (saluran najis)
4. Tersekatnya aliran keluar air kencing disebabkan tumor atau batu karang di pundi kencing.
5. Aktiviti seks yang terlalu aktif juga boleh menyebabkan jangkitan terutama apabila berlakunya iritasi pada salur kencing. Iritasi pada lapisan mukosa salur kencing,menyediakan lembapan sesuai untuk pertumbuhan bakteria ke dalam trek urinari.
6. Penggunaan produk feminin/intimasi yang kuat kandungannya menyebabkan iritasi pada salur kencing.
7. Penggunaan alat-alat pencegah kehamilan seperti diafram juga mendedahkan wanita kepada risiko jangkitan.
8. Jangkitan dalam kalangan wanita yang telah menopaus (putus haid) pula adalah disebabkan oleh penipisan dan kelemahan tisu vagina,salur kencing dan dasar pundi kencing akibat kemerosotan hormon estrogen.
9. Wanita mudah mendapat jangkitan jika turut menghidap diabetes atau lain-lain penyakit kronik yang mengganggu ketahanan badan terhadap jangkitan.
10. Pengambilan ubatan tertentu seperti kortison dalam dos yang tinggi mendedahkan wanita terhadap risiko jangkitan.
Simptom Jangkitan Trek Urinari
Komplikasi
Jika rawatan awal diabaikan,ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit polinefritis yang menyebabkan kerosakan kekal pada ginjal. Bagi ibu hamil pula,berisiko melahirkan bayi kurang berat badan dan kelahiran pra-matang. Si ibu juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko tekanan darah tinggi.
Kaedah Pengesanan Jangkitan Trek Urinari
Ujian air kencing dilakukan untuk melihat jenis bakteria dan mengenalpasti jenis antibiotik yang boleh memusnahkan bakteria tersebut.
Rawatan
Langkah-langkahan Pencegahan




