BENARKAH EPILEPSI PENYAKIT MENTAL ?
BENARKAH EPILEPSI MERUPAKAN PENYAKIT MENTAL ?
Kekejangan mengejut,diikuti rontaan dan mulut berbuih,ramai yang menganggapnya sebagai akibat disihir. Tak kurang juga yang mungkin memberi tanggapan bahawa si penderita kurang siuman. Sebenarnya epilepsi bukanlah penyakit mental atau gangguan unsur ghaib seperti yang masih dipercayai oleh masyarakat kita,orang Melayu khasnya.
Epilepsi atau nama mudahnya ’sawan’ berlaku apabila bahagian saraf di dalam otak mengeluarkan rangsangan atau cetusan daya elektrik yang luar biasa.
Sawan sebagai gejala utama epilepsi menyerang antara 5-10 orang daripada 1,000 orang di Amerika Syarikat,dan jumlah penderitanya mencecah hampir 2,000,000.Di Malaysia,perbandingannya agak kecil iaitu sekitar 0.5 – 1 % menghidap epilepsi.
Epilepsi secara mudahnya berlaku akibat gangguan fungsi otak yang menghasilkan cetusan elektrik abnormal yang mengakibatkan perubahan tingkah laku penghidapnya.Kebiasaannya ia berlaku pada bahagian otak yang mengawal pergerakan,membuatkan pesakit mengalami pergerakan luar biasa pada anggota serta otot badan. Selain itu,ia juga boleh mengganggu kesedaran,kelakuan,emosi,pertuturan,persepsi atau gangguan deria rasa yang berlaku seketika atau berturutan.Gejala yang sering timbul akibat gangguan fungsi otak inilah yang disebut sebagai sawan. Sawan berisiko berlaku berulangkali dan tidak terhad pada keadaan tangan atau kaki yang tersentak-sentak malah berlaku dalam pelbagai bentuk.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
Epilepsi berlaku tanpa mengenal jantina,umur atau latar belakang anda.Malah penghidap epilepsi ini ada yang terdiri daripada golongan yang mempunyai tahap kebijaksanaan tinggi berbanding orang biasa dan mereka juga terkenal. Socrates, ahli falsafah unggul,jeneral tentera terbilang Napoleon Bonaparte & Alfred Nobel,pencipta dinamit yang mengasaskan hadiah Nobel adalah antara tokoh terkenal penghidap epilepsi. Sebenarnya tiada punca kukuh kenapa berlakunya epilepsi kerana kebanyakannya berlaku secara tiba-tiba.
Di lihat dari segi gender,bebanan ini menjadi lebih berat jika sekiranya penghidap adalah seorang wanita. Ini kerana wanita terikat dengan kitaran hormon dan faktor sosial.Tiada pilihan lain,mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan mengikut kitaran hidup sepanjang menghidap epilepsi. Ini kerana kekerapan diserang sawan adakalanya boleh menjadi lebih tinggi pada wanita yang pada asalnya menghidap epilepsi ketika mereka hamil.Bagaimanapun, mereka tidak perlu bimbang kerana lebih 95% penderita boleh melahirkan anak yang sihat.
Namun,wanita tersebut berkemungkinan menghadapi risiko lain seperti kerumitan semasa hamil dan bayi yang dilahirkan,tidak cukup bulan. Kebarangkalian melahirkan anak yang cacat ialah antara 4-8% sahaja dan ia mungkin ada sedikit hubung kait dengan pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal sawan.
Walaupun begitu,risiko kemudaratan pada janin dalam kandungan sekiranya si ibu mengalami sawan yang berpanjangan jauh lebih tinggi daripada risiko kemudaratan pada janin sekiranya mengambil ubatan. Nasihat doktor berkenaan rutin pengambilan ubat-ubatan amat penting kerana jika pesakit epilepsi menghentikan terus pengambilan ubat,maka risiko diserang sawan adalah lebih kerap & mungkin mendatangkan risiko seperti keguguran.
PUNCA & JENIS EPILEPSI
Ramai yang menyangka epilepsi adalah sawan,sebaliknya epilepsi adalah sejenis penyakit. Sawan pula adalah sekadar satu gejala paling ketara yang timbul akibat epilepsi. Umumnya epilepsi terbahagi kepada 2:
Epilepsi jenis ini berlaku secara sendiri tanpa diketahui puncanya.
Epilepsi jenis ini berpunca akibat kerosakan serius dalam otak disebabkan kecederaan,jangkitan kuman pada otak (meningitis/encephalitis),ketumbuhan di dalam otak,kesan sampingan akibat penyakit angin ahmar dan kecacatan otak sejak dilahirkan.
SAWAN PULA TERBAHAGI KEPADA :
Sawan jenis ini melibatkan cetusan elektrik luar biasa yang merebak ke keseluruhan otak.
Pesakit akan jatuh & tidak sedarkan diri,diikuti goyangan atau konvulsi badan yang tidak terkawal.Pada masa yang sama,pesakit mungkin akan terkencing tanpa disedari. Biji mata boleh terpusing ke atas. Kadang-kala ia juga didahului dengan jeritan .Adakalanya pula,pesakit akan mengalami satu perasaan luar biasa seperti merasa ganjil,melihat cahaya berkelip atau terhidu sesuatu yang ganjil dan ini dikenali sebagai ‘aura’.
Serangan biasanya berlaku untuk jangka waktu yang berbeza,dari beberapa saat sehingga beberapa minit,dan jarang sekali boleh melarat sehingga berjam lamanya sekiranya rawatan tidak diberi.
Selepas berakhirnya sawan,pesakit akan tidur,ataupun kelihatan keliru atau separa sedar untuk seketika atau sepanjang hari.Adakalanya pesakit boleh melakukan aktiviti tanpa disedarinya dan ini dipanggil sebagai ‘automatism’.
Ia melibatkan cetusan elektrik luar biasa yang wujud dari satu bahagian otak tertentu.
Bagi mereka yang menghidapi sawan jenis ini,pesakit akan mendapat sawan pada bahagian tertentu otak yang hanya kekal mengganggu di kawasan itu sahaja atau kemudiannya boleh merebak ke bahagian otak lain keseluruhannya.
SAWAN JENIS INI PULA TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS LAIN YANG BERASINGAN IAITU :
Sawan jenis ini biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak
Pesakit tidak akan jatuh dan mengalami konvulsi.
Biasanya mengambil masa 5-10 saat sahaja,di mana kanak-kanak ini akan hilang kesedaran.Matanya mungkin berkelip-kelip,atau anak mata memandang ke atas seketika. Serangan ini mungkin tidak disedari sebagai sawan,dan mungkin dijangkakan mimpi di siang hari.
Kadang-kala serangan ini menyebabkan pergerakan halus dan sederhana di bahagian muka atau badan. Kanak-kanak ini juga tidak akan menyahut apabila dipanggil.
Serangan berlaku beberapa kali seminggu dan mengganggu pembelajaran.
Ubat berkesan mengawal serangan ini dan kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sawan jenis ini akan sembuh apabila meningkat dewasa dan tidak memerlukan rawatan selanjutnya.
DIAGNOSIS
Sejarah pesakit dan latar belakang keluarga diambil walaupun faktor keturunan bukanlah penyebab utama kepada serangan epilepsi.
Jenis epilepsi dikenal pasti terlebih dahulu bagi memudahkan proses rawatan dilakukan.
Imbasan (scan) otak dilakukan untuk memastikan tiada kerosakan ketara pada otak.
Ujian EEG,mengesan cetusan elektrik luar biasa dari otak dengan melekatkan pengesan khas pada permukaan kulit kepala.
‘Video telematry’- Pesakit diminta masuk ke wad,pemerhatian melalui kamera video (cctv) dilakukan di samping ujian EEG dijalankan serentak.
Ujian darah (jika perlu)
RAWATAN
Rawatan pesakit dimulakan dengan ubatan khusus bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis epilepsi,kemudahan perubatan dan sebagainya mengikut garis panduan yang ditetapkan. Ubatan sebegini telah diuji kesannya dan memang terbukti keselamatannya. Ubatan ini boleh diteruskan walaupun semasa mengandung dan pesakit sawan dapat menjalani kehidupan berkeluarga yang bahagia tanpa komplikasi.
Contoh ubatan (berbeza mengikut nasihat doktor bagi setiap pesakit):
i) Phenytoin@Dilantin
ii) Sodium Valproate
iii) Carbamazepine@tegretol
Pembedahan melibatkan bahagian otak yang mengalami kerosakan dipertimbangkan sekiranya rawatan secara ubat-ubatan gagal membantu pesakit untuk pulih.
TIPS KETIKA SERANGAN EPILEPSI
EPILEPSI BUKAN……
PANTANG-LARANG PESAKIT EPILEPSI














