TAHUKAH ANDA APA ITU G6PD???
G6PD adalah akronim bagi ‘Glucose-6-Phospatedehydrogenase’
Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase,yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia.
Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan,ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit sebaliknya adalah satu fenomena keturunan di mana bayi lelaki / kanak-kanak cenderung mengalaminya berbanding orang dewasa. Pada dasarnya ia tidak merbahaya.
Komplikasi hanya berlaku jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis dalam darah. Sel darah merah penderita defisiensi G6PD biasanya amat sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penguraian.
Perbezaan kumpulan darah ibu & bayi atau ‘blood group incompatibility ABO and Rhesus ‘ boleh menyebabkan kemusnahan sel-sel darah merah bayi selepas dilahirkan.
Kekurangan enzim G6PD yang terdapat dalam kalangan 2% bayi terutamanya bayi lelaki membawa kepada hemolisis. Bayi akan kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan fototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirumin yang terlalu tinggi kadarnya dalam darah.
Penderita G6PD akan berdepan komplikasi tertentu jika tersalah makan. Makanan yang disebut sebagai ‘makanan pembunuh’ ialah kacang parang.

…….MENGAPA KACANG PARANG????
Kacang parang atau nama botaninya ‘Vicia faba’ merupakan sejenis tumbuhan legum yang cukup digemari ramai. Ia satu-satunya makanan yang dikaitkan dengan fenomena G6PD serta cenderung menjadikan penderita menghadapi masalah lebih serius jika memakan kacang tersebut atau terhidu debunganya.
Kacang parang mentah atau dimasak memberi kesan alergi kepada sesetengah penderita G6PD. Apabila penderita makan kacang tersebut, berlaku satu proses anemia hemolisis,dimana fungsi sel darah merah akan terganggu & saluran darah akan tersekat.Proses ini boleh terjadi dalam tempoh secepat 24 jam. Penderita akan berasa kurang selesa dan kadangkala koma! Terdapat juga kes terpencil yang mengakibatkan kematian.
APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM KACANG PARANG SEHINGGA IA DIKENALI SEBAGAI MAKANAN ‘PEMBUNUH’ ?
Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai ‘levedopa’.Levedopa menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.
Kuantiti levedopa dalam kacang parang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi tumbuh,kandungan tanah di lokasi ia tumbuh,jumlah hujan yang turun pada satu tempoh.
Kacang parang muda lebih tinggi kandungan levedopanya berbanding kacang parang matang. Kira-kira 84gm /setengah cawan kacang parang segar mengandungi lebih kurang 50mg hingga 100mg levedopa. Paling menarik,sarung kekacangnya mencatat kandungan tertinggi levedopa berbanding bahagian lainnya.
SIMPTOM-SIMPTOM G6PD
Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruh anggota tubuh secara efektif,maka akan berlaku gejala -gejala berikut:
Sakit atau pening kepala
Kesukaran bernafas
Degupan jantung yang kencang
Nadi berdenyut pantas
Kenaikan suhu badan mendadak
Kulit & membran mukus menjadi kekuningan
Pernafasan menjadi lebih pantas
Kesihatan mulai merosot,badan menjadi lemah
Air kencing bertukar menjadi kuning gelap