Setiap sesuatu yang diciptakan Allah baik manusia,haiwan atau tumbuhan, mempunyai tujuan serta hikmah di sebaliknya. Demikian juga halnya dengan setiap sesuatu yang DIA izinkan bercambah,mengeluarkan tunas,berputik menghasilkan buah lalu menjadi sumber makanan kepada manusia,ada rahsianya.Berbicara tentang hal sebegini,pekakah kita? Rajinkah kita memerhati? Ya,benarlah kita selalu alpa,terlepas memandang…sedangkan DIA, dengan seluruh kebijaksanaanNYA, mencipta semua yang terbaik untuk manfaat hamba-hambaNYA…..Subhanallah!

Sebenarnya sahabat semua,setiap bahagian tumbuhan,sama ada sedar atau tidak,diciptakan oleh Allah menyamai bahagian atau organ tertentu dalam jasad manusia. Dengan pengetahuan tersebut,maka diharapkan manusia menyedari kepentingan atau khasiat tumbuh-tumbuhan tersebut ke atas organ yang dimaksudkan. Marilah sama-sama kita renungkan..

Buah Tin

Buah tin yang tumbuh tergantung secara berpasang (dua,dua),jika diteliti menyamai testikal kaum Adam.Justeru,itu sebabnya mengapa buah tin dikatakan berkhasiat untuk meningkatkan mortaliti atau kesuburan bagi kaum lelaki.

Buah Zaitun

Bentuknya bulat dan sedikit bujur. Bentuk ini menyerupai ovari.Khasiat buah ini didapati amat membantu meningkatkan kesihatan dan fungsi ovari wanita. Kerana itu,wanita disarankan memasukkan buah tin sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.

Limau Gedang,Oren & Sitrus

Rupa buah ini lebih kurang seperti kelenjar mamari yakni kelenjar yang terdapat dalam payudara wanita.Buah ini menurut kajian,amat bermanfaat untuk kesihatan payudara dan aliran masuk keluar lymph payudara.

Tomato

Jika tidak percaya,cuba ambil pisau & potong buah ini secara melintang. Anda akan dapati tomato terbahagi kepada 4 ruang.Tomato yang kebanyakannya berwarna merah mempunyai persamaan dengan jantung dan darah ( jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang,manakala darah sememangnya berwarna merah).Tomato kerap disebut-sebut amat baik dimakan untuk kesihatan jantung dan darah.

Lobak Merah

Potong lobak secara membulat.Lihat hirisan tersebut.Tidakkah ia kelihatan seperti mata manusia? Terdapat anak mata,iris dan lingkaran sinar,sama seperti struktur mata kita. Ini bererti,lobak merah amat baik untuk kesihatan mata.Sudah terbukti melalui kajian perubatan,lobak merah banyak membantu aliran darah ke mata yang pastinya sekaligus mempertingkatkan fungsi mata.

Bawang Besar

Struktur bawang besar apabila dipotong dua,kelihatan berselirat seperti sel-sel tubuh.Kajian menunjukkan bahawa bawang besar membantu membersih dan mengeluarkan bahan buangan atau toksin daripada semua sel tubuh.Malah air mata yang keluar ketika mengupas atau memotong bawang sebenarnya bertujuan membersihkan lapisan-lapisan epithelial mata.

Kacang Pinggang

Kenalkah anda dengan kacang ini? Kacang ini bentuknya melengkung seperti buah pinggang manusia.Maka, kacang pinggang dikatakan mampu menyembuhkan dan mengekalkan kesihatan buah pinggang.

Terung,Pir & Avokado

Ketiga-tiga buah ini kelihatan sama dengan organ peranakan wanita. Jadi kaum wanita disarankan makan buah-buah ini untuk kesihatan dan fungsi rahim.Dikatakan juga bahawa wanita yang makan sebiji avokado seminggu,insyaallah akan dapat menyeimbangkan hormon,menyingkirkan berat badan semasa hamil serta dapat mencegah kanser servik. Fakta tambahan tentang avokado ialah buah ini mengambil masa 9 bulan untuk tumbuh,berbunga dan berbuah ranum,satu tempoh yang menyerupai tempoh kehamilan wanita. Terdapat lebih 14,000 bab atau juzuk khasiat kimia fotolitik dalam setiap tiga jenis buah ini.Namun sehingga kini,sains moden hanya berjaya mengkaji dan menamakan hanya 141 daripadanya! Ajaib bukan?

Sumber: Majalah Anis Edisi Ogos/2008

Bookmark and Share