PILIH BERAS PERANG

Nasi,semua sudah maklum bahawa ia adalah makanan ruji hampir kebanyakan masyarakat Malaysia. Tidak dapat tidak,dalam sehari pasti nasi akan dijamah….Kebiasaannya beras putih biasa menjadi pilihan utama. Pernahkah anda terfikir untuk bertukar kepada beras perang?

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa beras perang jauh lebih kaya khasiatnya berbanding beras putih….Berikut adalah 9 fakta menarik mengenai beras perang.

1) Bertukar diet daripada beras putih kepada beras perang adalah digalakkan. Ini kerana beras perang dipercayai berupaya mencegah beberapa jenis penyakit seperti buah pinggang,penyakit hempedu,kurang darah,sakit kepala,sakit bahu,sembelit,sakit perut dan lemah saraf.

2) Nampaknya tidak ada banyak perbezaannya dengan beras biasa kerana kandungan kanji,serat,protein,karbohidrat dan lemak yang hampir sama.

3) Sudah diketahui ramai bahawa beras perang terkenal sebagai makanan kesihatan khasnya bagi penderita penyakit kronik.

4) Beras perang mengandungi zat galian seperti zat besi,kalium,mangan,beras perangfosforus,potassium dan vitamin seperti B1,B2,B6 dan E.

5) Beras ini dihasilkan menerusi proses pengupasan kulit
padi,pengasingan biji padi dan penggredan.

6) Warna perang beras ini bergantung kepada warna selaput bijirin iaitu mengikut jenis padi.Kebanyakan beras berwarna perang ,namun ada juga yang berwarna kemerahan atau hitam keunguan seperti beras pulut hitam.

7) Khasiat beras jenis ini terletak pada lapisan testa atau lapisan dedak luarnya.Germa atau embrio yang terletak di hujung kariosis beras mengandungi protein,lemak,zat galian dan vitamin.

8) Ramai beranggapan atau percaya bahawa jenis beras akan mempengaruhi kuasa penurunan berat badan. Walau bagaimanapun,kepercayaan bahawa dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung nasi akan mempercepatkan penurunan berat badan adalah kurang tepat. Ini kerana yang perlu dikurangkan bukanlah semata-mata nasi,tetapi juga gula,minyak dan lemak.

9) Walaupun ramai yang menyedari bahawa beras perang lebih berkhasiat daripada beras putih,tidak ramai yang sanggup menukar diet kepada beras perang kerana ia mudah berbau hapak atau tengik jika tempoh penyimpanannya yang agak lama ditambah pula rasanya yang agak tawar berbanding beras biasa.

Bookmark and Share

Comments are closed.

Dansette

Better Tag Cloud