PERIHAL TIMUN

Suka makan sate? Nasi lemak? Rojak?

Dalam 3 jenis hidangan ini,jika ada yang perasan,terdapat satu persamaan. Cuba teka apakah ia? Iye..tak lain tak bukan kerana dalam 3 jenis hidangan ini,ada sejenis sayuran yang tidak pernah ditinggalkan,iaitu timun.

Soalnya mengapa timun kerap disajikan bersama hidangan ini? Jika tiada,seperti tidak lengkap pula rasanya..

Sebenarnya timun,seperti dalam hidangan sate misalnya, menjadi ‘penawar’ kepada racun yang disebut-sebut sebagai karsinogen,terhasil daripada proses pembakaran serta bahan bakar yang digunakan untuk membakar sate,seperti arang dan lain-lainnya.Unsur karsinogen ini dikatakan pakar perubatan sebagai punca yang menyebabkan kanser! Jadi,jangan sekali-kali berfikir bahawa timun yang dihidangkan bersama sate itu,sekadar menjadi bahan hias untuk mencantikkan hidangan atau merangsang selera makan anda.

Baca seterusnya untuk mengetahui kuasa timun terhadap kesihatan tubuh badan anda.

  • Timun kaya dengan sumber potasium, magnesium,vitamin c dan asid folik. Potasium amat berkesan dalam mengawal tekanan darah tinggi dan rendah.Anda disyorkan minum secawan jus timun,untuk mengawal tekanan darah dan juga mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Ia juga mengandungi vitamin A,kesan niasin,kalsium,zat besi,fosforus,karbohidrat dan kalori.
  • Kandungan vitamin C di dalamnya mampu menyihatkan rambut dan kulit yang sekaligus menjadikan anda awet muda.
  • Merupakan sumber antioksidan yang baik kerana ia mengandungi vitamin A & C serta folat. Umum mengetahui bahawa folat amat penting kepada wanita hamil kerana ia boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada janin.
  • Amat baik untuk mengurangkan panas badan dan inflamasi.
  • Timun membekalkan jus yang sangat menyihatkan dan melancarkan aliran kencing. Ia berfungsi sebagai pelawas semula jadi yang sangat berkesan.Jusnya juga dapat menyegarkan kulit yang bertindak secara tidak langsung sebagai losen atau pelembap kulit.Jadi biasakan diri anda minum jus timun untuk mendapatkan manfaatnya.
  • Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana sifatnya yang rendah kalori.Sebatang timun bersaiz sederhana hanya mengandungi 42 kalori,agak mengenyangkan kerana kandungan serat yang tinggi.Fiber atau serat dietnya pula mampu mengawal paras kolesterol dan menangani masalah sembelit. Ia mampu bertindak sebagai ‘bahan pencuci’ bagi tubuh dengan keupayaan menyingkirkan toksin kimia dan bahan buangan yang terkumpul sekian lama dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid urik berlebihan. Lantaran itu,jus timun yang dicampur dengan lobak merah menjadi sangat idea untuk dimakan oleh penghidap reumatisme. Jus timun juga sesuai untuk penderita penyakit gout.
  • Berguna untuk menyegarkan mata yang letih dan sembap.
  • Membantu merawat masalah paru-paru,perut,dada dan serangan cacing pita.
  • Jus timun segar dapat meredakan pedih ulu hati serta kandungan asid perut bagi penderita gastritis dan ulser.Juga dapat meringankan masalah buah pinggang,penyakit pundi kencing,penyakit hati dan pankreas dan kencing manis.Dikatakan ia juga berguna untuk merawat masalah gigi dan gusi.
  • Membantu proses penghadaman protein dengan kandungan erepsin dan enzim.
  • Kandungan silikon dan sulfurnya yang tinggi dikatakan menggalakkan pertumbuhan rambut,khasnya apabila ia digabungkan dengan jus lobak merah,daun salad dan bayam.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam timun membantu mengatasi masalah rekahan kuku.
  • Baik untuk rehidrasi.Kandungan airnya yang banyak sangat baik untuk menggantikan bendalir yang hilang akibat perpeluhan.Mengambil sumber makanan yang banyak air seperti timun merupakan cara yang baik untuk melindungi tubuh daripada dehidrasi dan kelesuan.

    Tips Memilih Timun

    Pilih timun yang berwarna hijau tua kerana ia merupakan petunjuk kepada timun yang segar.

    Nah,ikhlas daripada saya. Segelas jus timun yang enak.Jemput minum…

  • Bookmark and Share

    Comments are closed.

    Dansette

    Better Tag Cloud