FAKTA TENTANG TULANG
Blogging di pagi hari…saat orang lain nyenyak dibuai mimpi,saya memilih untuk menulis lagi.Bukan apa,lama benar tak ‘mengupdatekan’ blog dengan bahan baru.
Hari ini,saya ingin bicara perihal tulang dengan anda….opps,maaflah bukan tentang sup tulang ya….hehehe.Ini adalah berkaitan tulang dalam tubuh badan manusia.
Ramai sebenarnya rakyat Malaysia ni tidak mengambil berat perihal kesihatan tulang.Pabila usia semakin menginjak senja,kesihatan tulang juga turut menurun.Sebenarnya,sangat penting untuk kita semua agar menjaga kesihatan tulang,supaya kita dapat terus kekal aktif dalam hidup,biarpun
usia sudah mencapai tahap emas.
Yok..,jom kita tengok sedikit fakta berkaitan tulang.
1. Tulang adalah hidup dan sama seperti sel-sel atau tisu-tisu lain dalam badan,ia memerlukan makanan. Ya,pastinya apa lagi…jika bukan KALSIUM.
2. Tulang yang tumbuh dengan sempurna akan menjadikan anda lebih tinggi dan lebih kuat.
3. Tulang sihat dapat menyokong struktur badan agar anda mampu memaksimakan gaya hidup aktif yang diinginkan.
4. Jisim tulang adalah tumpat dan keras kerana ia dipenuhi dengan mineral seperti kalsium dan fosforus.
5. Tulang juga mempunyai keanjalan atau fleksibeliti,selain kuat.Ia terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat.Matriks kolagen inilah yang membenarkan tulang berkembang dan mengecut tanpa patah.
6. Tulang,secara progresifnya,mampu meningkatkan kepadatannya sehingga mencapai tahap kepadatan maksima ( iaitu sekitar usia 30 tahun ).Pada usia 30 tahun,kepadatannya menurun secara perlahan.Oleh sebab itulah mengapa kita harus menjaga kesihatan tulang sejak dari usia muda,untuk menghindari OSTEOPOROSIS pabila umur meningkat.
MAKANAN UNTUK TULANG
Untuk memastikan tulang tumpat dan kuat,bekalkanlah ia dengan kalsium.Kita juga memerlukan vitamin D,yang membina tulang dan membantu kecekapannya menyerap kalsium.
Namun selagi kita mengamalkan corak pemakanan yang sihat,kita tidak perlu mengambil pil kalsium atau pil vitamin D. Untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi,memadailah dengan memakan sumber berasaskan bijirin seperti kacang soya,susu,keju,ikan bilis dan sayuran.
Untuk mendapatkan vitamin D,berjemurlah seketika pada waktu tepat yakni sekitar sebelum jam 9 pagi dan sesudah pukul 4 petang,pasti sahaja daripada sumber aslinya iaitu sinaran matahari!




