Keledek ,keladi,ubi kayu…pada zaman pemerintahan Jepun dahulu yakni sebelum Tanah Melayu merdeka sangat popular sebagai makanan asas.Tanyalah kepada ibu bapa atau datuk nenek kita…nostalgia keledek,keladi mahupun ubi kayu ni memang terpahat kuat di ingatan…Entah sebab ketidakstabilan politik atau dek kerana murah dan banyaknya jenis tanaman tersebut,maka sajian-sajian tersebut sahajalah yang singgah di tekak memenuhi perut pagi,petang dan juga malam…Kembung perut atau tidak, itu sahaja yang ada….pada dasarnya itu pun sudah merupakan rahmat tak terhingga buat mereka.

Saya bukan nak bercerita tentang zaman Jepun…Hanya terlintas hari ini,nak buat sedikit kupasan apa istimewanya ubi ini…dari sudut kesihatan.Jom kita sama-sama lihat – ada apa sebenarnya dengan keledek?

Keledek tumbuh di Malaysia sepanjang tahun,sangat mudah didapati dan murah harganya.Isinya boleh didapati dalam warna kuning,jingga,putih,merah atau ungu.Lazimnya ubi keledek popular dalam kalangan orang Melayu,terutama sebagai bahan masakan seperti masak lemak dicampur daun cekur,dijadikan bahan kuah mee rebus,digoreng,dibuat pengat,kerepek…hmm,pendek kata macam-macam lagilah.

Keledek dari perspektif kesihatan

  • Berupaya melindungi jantung kerana:
  • kalorinya yang rendah,
    kaya dengan beta-karotin & 5 kali ganda lebih vitamin A dalam setiap ketulan keledek.
    kaya dengan potasium yang mengekalkan bendalir dan keseimbangan elektrolik dalam sel-sel tubuh.
    berfupaya mengekalkan fungsi normal jantung & tekanan darah.

  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Dipercayai mampu menghalang peningkatan berat badan,anti kanser & anti penuaan.

  • Kaya unsur antioksidan
  • Vitamin A & C di dalamnya mempunyai kuasa penyembuh.Beta-karotin & Vitamin C berkuasa menyingkirkan radikal bebas,iaitu bahan kimia yang memusnahkan sel membran yang dikaitkan dengan pembentukan atherosclerosis,penyakit jantung diabetik & barah usus.

  • Kaya unsur antikeradangan
  • Khasiat keledek amat membantu mengurangkan inflamasi seperti lelah,osteoarthritis & arthritis rheumatoid.

    Tip Memasak Keledek
    Ubi keledek organik – boleh dimasak / dimakan keseluruhan isi dan kulitnya,manakala keledek yang ditanam secara konvensional,hanya isinya sahaja yang boleh dimakan.

    Ubi keledek mentah yang dikupas,mudah bertukar warna menjadi lebih gelap kerana terdedah kepada udara. Jadi diingatkan,agar pengguna memasaknya segera atau rendamkan sahaja ke dalam air sementara menunggu untuk dimasak.

    Kajian mendapati,keledek lebih elok dipanggang atau dikukus berbanding direbus,untuk mengekalkan khasiatnya.Jika direbus,sebahagian khasiat keledek dipercayai melarut dalam air rebusan.keledek

    Jadi,apakata mulai hari ini,kita sama-sama cuba sertakan keledek sebagai salah satu menu dalam sajian untuk kesihatan keluarga tercinta.

    Bookmark and Share