EKSPRESI
DARI AL-BAQARAH,AYAT 216,ALLAH SWT BERFIRMAN
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui…”
Assalamualaikum Semua……. Satu Catatan,Sekadar Untuk Renungan
2009 kian hampir ke penghujung.Bermakna tak lama lagi,ia akan meninggalkan kita,meninggalkan semua kenangan pahit manis yang tersendiri. Mudah-mudahan setiap peristiwa yang terjadi dapat kita ambil iktibar daripadanya. Serta menjadi petunjuk atau panduan bagi kita mendepani cabaran yang bakal terbentang bersama hadirnya 2010,insyaallah.
Jika kita diberikan waktu,bersyukurlah. Kerana bukan semua orang diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus meniti saat demi saat yang dipinjamkanNya. Kiranya kita ini,termasuk dalam kalangan yang masih diberi peluang meneruskan kehidupan,maka pergunakanlah peluang itu untuk membawa kebaikan kepada insan-insan di sekeliling kita.Senyumlah walau seberat mana kita terluka,sembunyikan duka…..dan senyum untuk membuatkan orang yang memandang gembira. Membahagiakan orang lain bukanlah semudah yang disangkakan,namun natijahnya pabila kita berusaha membuat insan-insan tersayang di sekeliling kita BAHAGIA,nescaya dengan sendirinya kebahagiaan & kegembiraan akan mendekati kita,walau saat itu tak pernah pun kita sedari bila hadirnya.
Lumrah dalam kerjaya,sifat iri hati,dengki mendengki,pentingkan diri sendiri, fitnah-menfitnah,menikam dari belakang dan sebagainya…sifat ini wujud di mana-mana. Tak kira kecil atau besarnya sesuatu organisasi,unsur ini tak dapat dielakkan. Justeru,kita berurusan dengan manusia,yang kita tidak pasti warna hatinya.
Apa sahaja dugaannya,positifkan diri. Jangan biar diri dipengaruhi unsur negatif begini. Tempat baru atau lama,pokok pangkalnya adalah hati dan iman kita sendiri. Pada waktu yang sama BELAJARLAH MENERIMA KENYATAAN!













