TUTOR.COM.MY- Pakej Pembelajaran &Penilaian Online Paling Komprehensif di Malaysia
Salam hujung minggu..
Rutin saya setiap petang Sabtu atau Ahad adalah ke kedai buku di pusat bandar.Eheh….bukan le sebab saya ni gilakan buku,tapi ke sana kerana nak fotostat bahan lembaran kerja untuk anak didik.Hmm..macam tu la setiap minggu,demi tuntutan kerja dan atas rasa tanggungjawab..
walau terpaksa keluarkan duit sendiri.Itupun ramai lagi mak bapak yang tak tahu nak hargai jasa guru. Cari salah lagi ada laa… (pantang sentuh anak diaorang,asyik nak saman jer,walhal anak memang bermasalah kat sekolah.Kalau tak buat hal,takkan la cikgu nak sentuh. Hee..geram.Bukan nak lepas perasaan kat sini,tapi itu lah realitinya sekarang.Anak tak hormat guru kerana mak bapaknya (segelintir sahaja) pun tak reti nak hormat cikgu…fuh,fuh panas! Hee)
Arr..tersasar pula.Maaf ye… Sebenarnya,apa yang nak saya ceritakan kat sini…semasa ke kedai buku untuk tujuan fotostat tu,ialah betapa ramainya ibu bapa kelihatan menunggu anak masing-masing pulang dari kelas tuisyen.Sesak jadinya pusat bandar.Nak cari parking punya la susah..Pemandangan sebegini boleh dilihat seawal Januari walaupun peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM..hanya tiba pada penghujung tahun.
Ini membuktikan bahawa setiap ibu bapa mahu anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan.Memang sudah menjadi trend bidang pendidikan di negara kita masa kini berorientasikan peperiksaan.Makin cemerlang keputusan periksa,makin cerah lah peluang kemasukan ke sekolah atau institusi pendidikan yang terkenal dan diiktiraf.Persaingan ini membuatkan ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke pusat tuisyen berbayar.Siang & malam asyik tuisyen aje…Iyelah kan,siapa yang tak nak anaknya pandai,betul tak?!
Dalam sibuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen,membeli berpuluh-puluh jenis buku rujukan & ulangkaji,mendapatkan khidmat guru tuisyen peribadi secara eksklusif di rumah sendiri ( tentu sekali dengan peruntukan / budget yang tinggi,bagi mereka yang mampu),ada dalam kalangan kita yang mungkin terlepas pandang…bahawa pada masa kini terdapat alternatif baru yang terbukti hebat & berkesan membantu anak-anak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Tuisyen maya dalam talian..ya itu lah dia! Dengan kecanggihan teknologi masa kini,terdapat beberapa pihak yang menawarkan tuisyen di talian,sehebat & setanding kelas tuisyen biasa,tapi pada kadar yang lebih murah harganya…Hmm,best ni.
Pernah dengar tentang Tutor.Com.My yang dikendalikan oleh pihak Utusan? Jika tak pernah dengar,jom saya ceritakan sedikit…
Pakej Pembelajaran Online Tutor.Com.My Utusan yang dibangunkan pada 2001 ini merupakan:
Ahah…memang panjang berjela nih kalau nak saya kupaskan di sini semuanya.Untuk perincian lanjut,apa kata anda klik sahaja di sini ok.Mudah-mudahan anda dapat memahaminya dengan jelas. Sama ada memilih tuisyen nyata atau maya,semuanya pasti untuk kebaikan anak-anak kesayangan kita.Mak bapak mana yang tak sayangkan anak… Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya berjaya bukan? Setiap tindakan,semuanya bertujuan untuk kebaikan…
Jumpa lagi.














