PANDUAN ASAS UNTUK BLOGGER
Assalamualaikum,jumpa lagi kita…
Sedang buat apakah anda? Minum kopi sambil klik sana & klik sini ( macam saya satu ketika dulu mungkin ..he he). Pelbagai perkara yang ada di internet sekarang ni ya…naik juling biji mata jika nak diklik satu persatu. Semuanya nampak macam menarik. Satu hal yang mustahil sangat kalau anda tak perasaan,ada terbentang depan mata anda sebaik sahaja penjelajahan internet bermula iaitu…. IKLAN.
Ye,iklan!! Ribuan iklan berkelip kiri kanan anda.Wahh, membaca ayatnya sahaja sudah membuatkan anda tak senang duduk! Betul tak?? Mana tidaknya…“Buat Duit Dari Rumah Sambil Goyang Kaki,2000-5000 SEMINGGU”,” KLIK UNTUK KAYA..”…dan banyak lagi,sekadar sebahagian daripada contoh sahaja.Sesiapa yang terasa saya minta maaf ye..sekadar contoh. Siapa yang tak teruja kan?!
Apa yang nak saya cuba sampaikan di sini adalah internet kini bukan sekadar tempat rujukan maklumat lagi. Internet sudah menjadi segala-galanya. Menjadi tempat untuk berhubung,mengkritik,menyalur & menghantar maklumat,mengiklan produk dan perkhidmatan, dan yang ‘menggila’ sekarang ni,menjadi medium atau sumber untuk menjana pendapatan. Cakap mudah,dah jadi tempat buat duit…
Ye macam-macam cara boleh kita buat duit kat internet ni.Semua orang boleh.Benarkah? Bagi mereka yang ada produk dan perkhidmatan sendiri tentu tak jadi masalah langsung.Namun,bagaimana bagi golongan yang tak ada apa-apa? Huhu..jangan bimbang,bukan rahsia lagi.Jika anda ada blog,peluangnya sama besar untuk buat duit. Blog berbayar atau percuma pun boleh..Cuma blog berbayar ni,kredibilitinya,kata mereka yang pakar,lebih tinggi keupayaannya. Tak kira apapun jenis blog anda,serta bidangnya,anda boleh gunakannya sebagai ‘lubang’ duit.Tapi……nak buat blog yang benar-benar berkualiti,bukanlah semudah yang disangka.
Hal ni telah saya lalui sendiri waktu mula-mula membeli domain & hosting sendiri dulu. Masa tu memang teraba-teraba nak dapatkan panduan bagaimana nak buat setting untuk blog. Tak kira lagi dengan istilah-istilahnya yang sangat asing. Asing bagi saya sebab saya bukan dari bidang ICT..jauh panggang dari api,kiranya main redah aje ni. Ditakdirkan satu hari,saya berkunjung ke sebuah kedai buku.Belek punya belek,saya jumpa sebuah buku – “Buat Duit Dengan Blog” tulisan Yazid Yahaya. Saya pun apa lagi,terus beli buku tu.Alhamdulillah,buku tu benar-benar membantu saya dalam usaha mula membina sebuah blog. Hingga kini,saya pun tak ingat dah berapa kali saya ulang baca buku tu. Banyak bahan dalamnya yang saya aplikasikan ke dalam blog saya…..memang lah, setakat ni blog saya biasa-biasa saja.Trafik pun terlalu rendah lagi,namun memang benar ia 200% membantu.Bukan provokasi ni,ia memang betul. Tak lama selepas tu,semasa saya klik sana & sini macam yang sedang anda buat ni…saya terjumpa pula sebuah ebook PANDUAN ASAS BLOGGER….masih lagi buah tangan Yazid Yahaya,tapi kali ni bergandingan dengan seorang lagi rakannya,saudara Jamal. Saya tak fikir panjang lagi untuk memilikinya. Kenapa?? Kerana saya memang memerlukannya.
Jika nak saya ceritakan semua kandungannya di sini,memang tak terdayalah.Takut anda tak faham pula. Ye lah tersilap tulis lain pula jadinya…eBook ini sarat dengan informasi bagi blogger yang masih baru macam saya.Perkara asas dalam pembinaan sebuah blog,teknik untuk menarik pelawat ke blog kita dan pelbagai lagi….pendek kata macam-macam ada! Bagi anda yang mungkin teringin nak miliki ebook tu,anda tak perlu pergi ke kedai buku. Kat sini pun boleh.
Kalau pergi ke kedai buku,belum tentu ada, tak ke buang masa aje tu? Percayalah anda tak kan rugi memilikinya.RM30 tu,sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan apa yang diberikan untuk anda.Saya dimaklumkan bahawa RM30 ini terhad sehingga penghujung Disember sahaja. Selepas itu,harganya akan dinaikkan kepada RM50. Ohh,mungkin anda kata saya cakap bergegar-gear, ni provok je lebih……,so apa kata PREVIEW je dulu kat sini.Tengok betul ke tak,atau saya auta saja.. Kalau suka,segera dapatkannya… Kalau tak abaikan sahaja. Sebagai rakan blogger yang baru,saya hanya memberi cadangan.
….Ehhh,panjang betul nih. Hehe…maafkan saya kerana mencuri masa anda.Jumpa anda lagi.
p/s sesekali terasa kesal jugak kenapa saya ‘jatuh cinta’ dengan dunia blogging pada usia hehe….setua ini?! Kalaulah sejak dari dulu lagi….





