BUAT DUIT DI INTERNET ??
Hari yang benar-benar memenatkan. Sepatutnya tugas saya hari ni berakhir tengah hari namun berlarutan pula hingga ke petang.Meeting,meeting,meeting!…Esok meeting lagi huhu. Macam ni lah bila awal tahun. Naik krem otak ni. Dunia berputar laju,hari demi hari manusia jadi makin kalut…gara-gara krisis ekonomi.Bila taraf hidup makin meningkat,segala kos bertambah tinggi,kita dihambat dengan 1001 macam keperluan,maka beginilah jadinya hidup ni….terkejar ke sana- sini demi rezeki buat menyara diri sendiri & keluarga.
Gula naik harga,kecoh dibuatnya….ye lah,gula naik harga,roti canai & tambang bas pun naik juga. Macam mana tu!? Belum lagi minyak yang ura-uranya naik lagi menjelang Mac ni…..hai pemimpin kita,bagaimana ni??!! Rakyat kat bawah perlu diperhati sebab tanpa rakyat,anda tak duduk setinggi sekarang ni…
Gawat begini, bagaimana caranya ya untuk kita pertingkatkan ekonomi keluarga? Dalam hal ni,ramai yang ambil inisiatif buat part time untuk tambah pendapatan,cari pendapatan sampingan…Kawan-kawan saya misalnya, ramai yang sekarang ni jual produk kesihatan (Trend masa kini,anda perlu ambil peluang…zaman moden,segala macam penyakit ada.Orang kita sekarang ni peka bab kesihatan,terutama yang mampu.Mereka mencari pelbagai sumber untuk penjagaan kesihatan).Kawan-kawan saya ni bukannya calang-calang.Sorang doktor,sorang guru,eksekutif pun ada. Susu kambing,jus manggis,madu tualang,penapis air…..haa,macam-macam lagilah yang dijual.Ribuan ringgit juga yang masuk setiap bulan. Tapi tu semua bagi yang agak berduit sebab nak jual produk begitu anda perlukan modal jugak sedikit sebanyak.Tak ada modal bagaimana nak bisnes kan..?!
Bagaimana bagi yang tak bermodal,yang menganggur,suri rumah sepenuh masa dengan gaji suami yang begitu kecil…..?! Tak ada peluang lah nampaknya ya….
Sebenarnya peluang tetap ada. Contoh paling ketara sekarang ni ialah trend buat duit di internet…Opps,saya tak cakap yang 100% semua tu akan bantu anda tambah duit poket,jauh sekali nak buat anda kaya sekelip mata. Saya hanya berkongsi dengan anda apa yang saya tahu. Duit internet ada yang benar-benar dapat bantu ekonomi anda,ada yang menipu. Tak lebih dari ingin mendapatkan maklumat anda untuk tujuan-tujuan tertentu…So,dalam merebut peluang,berhati-hatilah. Jika anda ingin cuba beberapa program PERCUMA buat duit di internet,silakan…macam-macam ada .MLM,affiliates,paid survey,pay per click,pay per post dan banyak lagilah….Cuma berhati-hatilah.Saya tak kata yang semuanya bohong,kerana ada juga rakan-rakan saya yang benar-benar menjana pendapatan dengan program percuma di internet.Senang-senang sahaja mereka buat duit
Yang penting di sini,sebelum anda membuat pendaftaran untuk sesuatu program,telitilah dulu segala syaratnya. Fahami setiap terma yang tersedia. Jika terlalu banyak pendedahan butiran peribadi anda yang diminta seperti no.kad kredit,akaun bank dan sebagainya,anda perlu pertimbangkan….nak sign up atau tidak.Faham-faham sendiri lah kan…..Nak cari laba,bala pula yang tiba!
Jika anda masih berminat ingin mencuba,saya sarankan anda cuba program-program yang PERCUMA….tidaklah ralat jika ia tak lebih dari SCAM sahaja. Kat bawah ni ada beberapa program yang boleh saya senaraikan untuk anda. Namun saya sendiri tak berani menjamin keberkesanannya. Semuanya terpulang kepada usaha anda…sama-samalah kita mencuba,mana tahu kalau-kalau berhasil….insyaallah.
Klik untuk info: AwalHerba,coklat minda,mutiara asli Sabah,haruman semerbak,dhia perfumes
Tags: affiliate, buat duit di internet, Duit Internet, pay per click, pay per lead, pay per post
Tuesday, January 12th, 2010 at 1:48 pm • Duit Internet • RSS 2.0 feed Both comments and pings are currently closed.












yup! memang betul…..making money isn’t so easy….jugak sukar nk dipercayai even ada yg kata dia mmg dah berjaya.Kecuali jika org tu mmg betul2 expert dgn dunia internet,itu mmg x leh disangkal. Thanks 4 da comment & support..Follow the next coming post ya yusmalia
Like or Dislike:
0
0