Archive for the ‘Transformasi Diri’ Category:

6 TIPS JAGA KAKI

Written on May 18th, 2012 by Djano shouts

Percaya atau tak, kesihatan kaki juga perlu diambil berat. Sebabnya, kaki merupakan antara bahagian badan yang sangat penting. Jika kaki tidak sihat @ sakit, maka terbataslah pergerakan serta membantutkan semua aktiviti yang lain. Oleh itu, jangan pandang mudah pada kesihatan kaki anda.

Berikut ni adalah 6 tips @ cara bagaimana menjaga kesihatan kaki.

1. Awasi berat badan
Obesiti dikaitkan dengan ‘osteoarthritis’ (more…)

BERAPA LAMA JANGKA HAYAT ALAT SOLEK ?

Written on April 20th, 2012 by Djano shouts

Wanita dan kosmetik tak dapat dipisahkan ! Huhu…. ada sesiapa kurang setuju tentang ini ?

Dalam banyak-banyak senarai keperluan bulanan wanita, produk kecantikan dan kosmetik pasti berada pada kedudukan teratas dalam senarai wajib beli. Mungkin tidaklah 100 %, tapi saya percaya 85 daripadanya adalah benar.

Seperti juga (more…)

BUAT MALU BANGSA JER….

Written on September 7th, 2011 by Djano shouts

Salam Aidilfitri buat semua rakan khasnya kepada yang masih sudi menjengah-jengah blog ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya titipkan ucapan ni. Bahang berhari raya pun masih terasa walau agak dah suam-suam kuku…

Sejak Ramadhan,saya tak menulis. Tak sempatlah..Bukan se (more…)

APA DI SEBALIK ‘BERSIH’ ?

Written on July 10th, 2011 by Djano shouts


Malam tadi,saya singgah minum di sebuah restoran nasi kandar bersama ahli keluarga selepas urusan mengambil cermin mata salah seorang daripada kami selesai. Tika TV3 menayangkan berita berkaitan perhimpunan ‘BERSIH’,semua mata tertumpu ke arah skrin besar…Ada juga kedengaran perbualan sekumpulan pelanggan yang sesekali menyebut ‘BERSIH’,manakala butir (more…)

SELAMATKAH MALAYSIA KINI ?

Written on June 11th, 2011 by Djano shouts

Hari ini kita digemparkan dengan berita pembunuhan tragis seorang mekanik di Penampang,Sabah. Asri Patahuddin,37 yang sedang bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Kandazon,Jln Terawi,Putatan diserang secara tiba-tiba,ditetak bertalu -talu pada (more…)

MACAM-MACAM HAL…

Written on March 15th, 2011 by Djano shouts

Konsistensi…..

Ya,konsistensi lah yang kini menjadi masalah besar buat saya sekarang. Walau telah saya pahatkan kemas-kemas dalam hati semenjak awal 2011,namun nyata sampai hari ini saya masih tidak dapat melakukannya.

Sebagai blogger,dan jika mahu menjadi blogger yang berjaya,konsistensi dalam penulisan artikel menjadi salah satu perkara yang harus dititikberatkan. Ertinya kita harus pandai memperuntukkan masa,walau sesibuk mana sekalipun…. agar bahan-bahan penulisan kita itu dapat diterbitkan secara berkala. Justeru,kita sendiri tahu setiap blog mempunyai peminat @ pengikutnya yang tersendiri.Blog ini juga mungkin….aicehhh,banyak ke pengikutnya?? Heheh…..

Sebenarnya, idea menulis sentiasa mengalir.Timbul tak kira waktu,tak kira tempat….lazimnya kat bilik mandi ( hehe….pelik eh?!Tapi itu la hakikatnya.Orang lain tak tahu la pula).Tiba masa menitipkan ayat,semuanya jadi buntu,hilang begitu sahaja.Blur….mengakibatkan niat terhenti di situ sahaja.

Selain itu,dua tiga minggu kebelakangan ini,saya akui saya memang agak sibuk. Mesyuarat itu dan ini.Kertas kerja,bengkel,lawatan jemaah nazir,pengurusan fail,oh macam-macam lagilah……..Dalam kecoh,rungutan dan bebelan,terjawab juga persoalan yang bermain di minda saya akhirnya. Rupa-rupanya ini semua rentetan ‘Tawaran Baru’(New Deals) atau lebih dikenali sebagai ‘Baiah’ di kalangan kami yang kerjanya begini…

bengang

Hmm,no komenlah tu. Tak pasal je nanti….Sepatah dapat saya katakan,buat apa sekalipun mesti ‘ukur baju di badan sendiri’.Memang ,tak ada sesuatu yang mustahil pun di dalam dunia ni. Yang penting,apa sahaja kerja yang kita lakukan ,biarlah datang dari hati yang ikhlas.Soal ganjaran,adalah soal kedua.

Ye,soal ganjaran adalah soal kedua. Saya mahu lebih fokus dalam banyak perkara yang kini berada di pundak . Mudah-mudahan tanggungjawab yang tergalas,dapat disempurnakan sebaik mungkin. Soal ganjaran,bukankah Dia yang menentukan?

p/s: Lapang betul rasa di dada. Beberapa hari lepas,si ASUS ni buat hal…check punya check,hard disk sudah rosak. Habis semua fail.Arghhh….bengangnya tuhan saja yang tau.Moral kat sini- selalulah buat backup pada semua kerja-kerja kita khasnya yang penting-penting.Apapun…semuanya selesai kini,alhamdulillah!

BANGSA MELAYU…APA NAK JADI?

Written on February 16th, 2011 by Djano shouts

Kesal & memalukan!

Itulah yang ingin saya katakan pabila menatap akhbar METRO hari ini. Dalam sibuk orang meraikan Hari Keputeraan Junjungan Besar kita,Nabi Muhammad SAW,mereka pula sibuk dengan kegiatan maksiat.Orang kita dah hilang peradaban agaknya….hidup bertuhankan nafsu,lalu halal haram sudah ditolak ke tepi.Jahiliah zaman moden (more…)

WANITA,MULAKAN SEKARANG!

Written on November 25th, 2010 by Djano shouts

2010 menghampiri penghujungnya.Saya percaya ramai ibu bapa sudah mula pening menghitung budget untuk persiapan persekolahan anak-anak menjelang sesi baru tahun 2011. Nak beli baju,nak bayar yuran periksa,nak beli buku…macam-macam (more…)

CARI BAHAGIA CARA EKSPRES

Written on November 24th, 2010 by Djano shouts

Salam pagi….

Entri ringkas pagi ni khas untuk tatapan semua sahabat yang setia mengikuti perkembangan blog ini.Kepada yang pertama kali berkunjung,jemput datang lagi & harap enjoy dengan apa yang saya tulis ni….

Baiklah….langkah cepat menuju bahagia. (more…)

Alahai FACEBOOK!

Written on October 17th, 2010 by Djano shouts

Kebelakangan ni terdapat banyak berita kurang enak berkaitan Facebook,laman sosial yang dikatakan terpesat di Asia mengikut laporan sebuah akhbar tempatan kira-kira sebulan lalu. Saya pasti ada antara anda yang telah membacanya.Kisah pelajar yang cedera dalam pergaduhan kerana mendakwa rakannya menceroboh akaun Facebook miliknya,cerita panas Watie ‘Elite’ yang dikatakan muncul di celah-celah keretakan mahligai orang,suami melafazkan cerai melalui Facebook,terkini kes penghinaan terhadap institusi kesultanan (more…)

Older Posts »
Better Tag Cloud