Archive for the ‘Fakta Penyakit’ Category:
Aneka kuih-muih yang manis rasanya memang menggugat selera. Itu belum lagi dihidangkan dengan cendol,ais kacang,laicikang..dan lain-lain yang seangkatan dengannya.Godaan makanan manis hadir setiap hari dalam hidup kita justeru Malaysia memang kaya dengan aneka sajian yang enak-enak dan pastinya ‘mewah’dengan kandungan gula.
Tidak dinafikan hidangan manis memang membuka selera,namun berbaloikah berdamping setia dengannya jika dalam senyap ia menjadi ‘pembunuh’dalam hidup manusia? (more…)
Harga gula naik tidak menjamin berkurangnya jumlah penderita penyakit ini. Tabiat rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan & minuman manis saban hari mendorong peningkatan jumlah penghidap penyakit ini.
Pernahkah anda mengawasi tabiat pemakanan anda? Tahukah anda berapa banyakkah gula yang tersembunyi dalam setiap sajian anda? Jika anda tidak pernah mengambil tahu tentang ini,mulakanlah langkah baru anda hari ini juga. Prihatinlah terhadap sajian anda.
Bagi mereka yang telah disahkan sebagai penghidap diabetes,ini bukan akhir kehidupan anda! Masih banyak langkah yang boleh anda ambil untuk menanganinya.Bermulalah dari sekarang sebelum terlambat.
Sumber lengkap Kosmo Online
** Sumber : Majalah Rapi Julai 06
Pernah dengar tentang ‘jangkitan trek urinari’? Gejala ini lazim berlaku di kalangan kita terutama kaum wanita,cuma yang kita mungkin tidak ketahui adalah apakah ia dan apakah puncanya?
Jangkitan trek urinari adalah jangkitan yang berlaku pada sistem saluran kencing.Trek urinari terdiri daripada organ yang mengumpul,menyimpan serta mengeluarkan air kencing daripada badan iaitu,buah pinggang (kidney), (more…)
BENARKAH EPILEPSI MERUPAKAN PENYAKIT MENTAL ?
Kekejangan mengejut,diikuti rontaan dan mulut berbuih,ramai yang menganggapnya sebagai akibat disihir. Tak kurang juga yang mungkin memberi tanggapan bahawa si penderita kurang siuman. Sebenarnya epilepsi bukanlah penyakit mental atau gangguan unsur ghaib seperti yang masih dipercayai oleh masyarakat kita,orang Melayu khasnya.
Epilepsi atau nama mudahnya ‘sawan’ berlaku apabila (more…)
TAHUKAH ANDA APA ITU G6PD???
G6PD adalah akronim bagi ‘Glucose-6-Phospatedehydrogenase’
Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase,yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia.
Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan,ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan G6PD bukan (more…)
« Newer Posts