Author Archive
Salam Petang
Masih bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina ? Kalau tak ada apa yang hendak dibuat petang-petang begini, elok juga jika dapat mengajak anak-anak untuk sama-sama membersihkan persekitaran rumah. Bukannya apa, serangan wabak denggi dan penyakit bawaan tikus kini tidak lagi terhad di kawasan kampung tapi telah menular ke kawasan metropolitan. Puncanya ? Banyak ! Dan kebanyakannya berpunca dari tabiat kita sendiri yang kurang mengambil berat hal-hal berkaitan kebersihan. Opps, jangan pula salah faham ya. Saya bukan mengatakan orang kota pengotor.
Ok, petang ini sebenarnya saya mahu menulis tentang cara-cara menangani (more…)
Apa itu RSI ?
RSI adalah akronim daripada sejenis simptom berpunca daripada penggunaan komputer yang dikenali sebagai ‘Repetitive Strain Injury’.
Statistik 2011, menunjukkan bahawa penggunaan internet / komputer di negara kita meningkat kepada 41 %, berbanding 25 % pada tahun 2009.Penggunaan tertinggi adalah dalam kalangan orang muda berusia antara 20 – (more…)
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah An-Nisa’ 4: Ayat ke 100)
Salam hujung minggu. Tidak kurang dari 27 jam lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2012. Pastinya banyak azam baru yang mula dipahatkan dalam hati dalam melayari 2012 nanti. Apa yang bakal berlaku pada tahun hadapan itu, bukanlah dalam pengetahuan kita. Jika kalian baca majalah Mastika keluaran terkini, terdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan ramalan kiamat serta musibah besar yang dikatakan bakal berlaku dalam tahun itu. Wah, ramai nampaknya yang berhasrat nak ambil alih tempat Tuhan pula ya. Menentukan hidup mati manusia. Oh,dunia..dunia !! (more…)
Salam hormat untuk pembaca Ujanasihat,
Sebelum melelapkan mata, sempat juga saya meninjau perkembangan blog kesayangan ni. Meninjau jejak-jejak yang ditinggalkan serta melakukan ziarah balas sebagai satu bentuk sokongan kepada rakan blogger yang lain.
Ziarah ke sebuah ‘daerah’ mata terpaku kepada satu entri yang tajuk artikelnya bagai pernah dilihat, bagai biasa terbaca. Malah gambar@ imej sebagai hiasannya juga sangat jelas bagai pernah dilihat. Jelajah dan terus menjelajah, terkedu (more…)
Cuaca yang tak menentu pada hujung tahun begini tak menjadi halangan kepada banyak pihak untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Jika di utara, kenduri majlis berkhatan atau popular di sini dengan sebutan ‘masuk jawi’ juga tidak kurang meriahnya kalau hendak dibandingkan dengan kenduri kahwin. Walau hujan pagi dan petang, serta ada khabar-khabar angin mengatakan banjir ( kami di utara lebih kerap menggunakan perkataan ‘bah’..) mungkin melanda menyebabkan tuan rumah tak senang duduk, kenduri tetap on.
Hari ni sahaja, ada 4 undangan kenduri yang telah saya hadiri. Rumah kenduri yang ke-3 & ke-4, menyajikan ikan kering @ ikan masin yang digoreng bersama cili kering dan hirisan bawang, di samping beberapa jenis lauk yang lain. Pencuci mulutnya pula hari ini lari dari kebiasaan iaitu pengat pisang bercampur keledek. Ummm,yummy ! Sedap sungguh.
(more…)

Salad Sayuran + Mayonis
Hujung minggu tanpa ke mana-mana jadi saya ambil peluang untuk menulis 10 cara yang boleh dilakukan untuk menghindari penyakit jantung koronari. Sebelum itu, jom fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan penyakit jantung koronari.
Penyakit jantung koronari yang amat digeruni ramai berlaku selepas serangan jantung yang mengejut akibat daripada gumpalan lemak berkumpul & menyempitkan salur darah (more…)
Full Story »
Filed under Ekstra
Tags:daging, gumpalan lemak, mayonis, memanggang, mentega, minyak sayuran, penyakit jantung, penyakit jantung koronari, rebus telur, risiko serangan, salur darah
Zaman sekarang ada kutu lagi tak ? Eh,bukan skim kutu yang diharamkan baru-baru ni tu tau. Maksud saya kutu kepala, yang ada kat rambut manusia. Kerjanya menghisap darah pada kulit kepala…Akibatnya kepala jadi gatal-gatal, asyik nak menggaru jer..huhu.
Saya bertanya sebab jarang sangat dah dengar pasal kepala berkutu ni. Dahulu, zaman persekolahan saya ingat lagi, cik misi @ jururawat kalau datang beri ubat cacing, check gigi mesti ada juga check kutu. Tapi sekarang tak nampak pula kegiatan tu. Mungkinkah orang zaman sekarang ni dah lebih prihatin tentang kebersihan, so kutu pun dah (more…)

Jus Belimbing
Target untuk menulis sekurang-kurangnya 3 entri seminggu, nampaknya kecundang lagi. Bermula Rabu hingga hari ni, saya menghadiri kursus pengurusan laman web untuk webmaster. Haha….tak layak nak dipanggil webmaster pun sebenarnya. Malang sekali separuh perjalanan kursus, tiba-tiba server jabatan down hingga lah ke saat entri ni ditulis. Apapun tak boleh nak buat.Terpaksa ditunda ke tarikh lain pula..
Celah-celah ni jugalah, badan rasa panas jer. Batuk & sakit kepala (more…)
Selain tembikai, buah avokado atau dikenali juga sebagai alpukat juga sesuai dijadikan jus selain di makan mentah. Jom lihat kelebihan yang terdapat pada buah ini.
1) Sebiji buah avokado bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 300 kalori & 88 % lemak.
2) Ia juga mengandungi 23 mg kalsium, 95 mg fosforus, 1.4 (more…)
Boleh dikatakan semua orang tahu bahawa air sangat penting untuk tubuh badan. Kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.
Pernah saya dengar bahawa ada sesetengah orang tidak suka meminum air putih kerana setiap kali meminumnya dia akan terpaksa kerap berulang –alik ke tandas membuang air kecil serta mengalami rasa sebu (more…)
Full Story »
Filed under Fakta Nutrisi
Tags:air, air putih, arthritis, demam, gout, jus tembikai, magnesium, menyah racun, menyembuhkan luka, potasium, sakit kepala, tembikai, vitamin C
« Newer Posts —
Older Posts »